KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry
  • /
  • CSR Initiatives

Event Detail:

Siswa KPJUC dekati gelandangan

Mahu sampai mesej supaya golongan tersebut dibantu, bukan disisihkan

2018-01-09

Mahasiswa KPJ Healthcare
University College (KPJUC)
menganjurkan projek khidmat
masyarakat bersama gelandangan untuk
membantu golongan tersebut yang terdapat
di sekitar ibu kota, baru-baru ini.

Pengarah program yang juga mahasiswa
KPJUC, Mohd Zulkamal Mohd Alipiah
berkata, inisiatif itu turut mendapat
kerjasama badan bukan kerajaan (NGO)
Dapur Jalanan.

“Kami berasa puas dapat menjayakan
program ini kerana ia membuktikan kepada
masyarakat bahawa mahasiswa KPJUC
juga mampu menjadi agen mengubah
masyarakat terutama membantu
meringankan beban sesuatu masalah.

“Seramai 38 mahasiswa KPJUC yang
terdiri daripada jurusan kejururawatan,
perubatan pengimejan, strategik dan
komunikasi korporat dan fisioterapi
terlibat dalam pengagihan makanan dan
minuman,” katanya.

Menurutnya, kit kebersihan diri
(personal hygiene kit), keperluan barang
mandi dan sesi gunting rambut percuma
kepada golongan gelandangan turut disediakan.

“Pada masa yang sama, penyerahan cek
bernilai RM500 dan 50 set mangkuk turut
disumbangkan oleh mahasiswa KPJUC
kepada Dapur Jalanan dan sumbangan ini
diharap sedikit sebanyak dapat membantu
NGO tersebut.

“Menjadi harapan mahasiswa KPJUC
agar mahasiswa cakna dan sedar terhadap
gaya hidup di ibu kota ini, gelandangan
mestilah dibantu dan bukan disisihkan,”
katanya.

Mohd Zulkamal berkata, program
berkenaan secara rasionalnya dapat
meningkatkan kesedaran dalam kalangan
pelajar dan masyarakat setempat.- Sinar Harian




BACK