KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

Event Detail:

Larian gaya hidup sihat

2015-08-14

Putrajaya: Kirakira 2,000 peserta menyertai Larian 'Care For Life' anjuran penyedia perkhidmatan kesihatan KPJ Healthcare Berhad (KPJ) yang julung kali di adakan di sini.

Program yang bermula dari Istana Kehakiman, Presint 3 pada jam 7.30 pagi itu meliputi jarak lima kilometre (km) dan 12km di sekitar bangunan kerajaan di Putrajaya membabitkan empat kategori iaitu lelaki, lelaki veteran, wanita dan wanita veteran.

Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Datuk Amiruddin Abdul Satar berkata,KPJ sentiasa berusaha meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan gaya hidup aktif untuk mengurangkan risiko     penyakit.

"Program ini adalah plat form terbaik untuk kami mendekati masyarakat, pada masa sama program ini juga mengukuhkan hubungan KPJ dengan masyarakat dan pelanggan penjagaan kesihatan kami di sekitar Lembah Klang," katanya.

Pelepasan peserta larian disempurnakan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Hasim Ismail, sementara hadiah disampaikan Amiruddin.

Sementara itu, pemenang kategori wanita veteran lima km Tan Pei Leng, 47, berkata, kemenangan itu mendorongnya untuk terus menyertai pertandingan seumpama itu, sekali gus mempromosikan gaya hidup sihat.

Pei Leng yang juga ibutunggal berasal dari Rawangberkata, dia aktif menyertaipertandingan larian sejak empat tahun lalu untuk mengekalkan kesihatan bagi mencegah penyakit berbahaya.

"Penganjuran acara larian seumpama ini perlu diperbanyakkan lagi supaya lebih ramai generasi muda membabitkan diri dalam aktiviti
sihat," katanya yang juga ka kitangan swasta berkenaan.

Program itu antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup
sihat dalam kalangan masyarakat di negara ini. - Harian Metro

BACK