KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

Event Detail:

Rumah terbuka Aidilfitri KPJ meriah

2018-07-06

JOHOR BAHRU 5 Julai - Rumah Terbuka Nostalgia Aidilfitri KPJ Puteri 2018 semalam berlangsung dalam suasana meriah dan muhibah apabila dikunjungi lebih 1,000 rakan korporat, agensi kerajaan, konsultan, pelanggan, doktor, pesakit dan pengamal media. Majlis yang diadakan di tempat letak kereta Hospital Pakar KPJ Puteri (KPJ PSH) di sini, merupakan acara tahunan meraikan organisasi tersebut yang menawarkan perkhidmatan kesihatan swasta.

Program Aidilfitri tersebut diserikan dengan kehadiran Pengerusi KPJ PSH, Aminuddin Dawam; Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haliza Khalid; Pengarah Eksekutifnya, Khairun Ahmad dan Pengarah Perubatannya, Dr. Mohd. Ali Salleh. Penyampaian duit raya disempurnakan Aminuddin kepada 21 pelajar Sriti Tahfiz Al- Hikmah, Kulai, dekat sini.

Menariknya sambutan kali ini, pihak KPJ Puteri meraikan ulang tahun mereka yang ke- 25 sekali gus pra pelancaran logo rasmi 25 tahun KPJ Puteri disempurnakan.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah pertandingan Mereka Cipta Logo 25 tahun KPJ Puteri, Pertandingan Mural dan Pertandingan Dekorasi Raya. Menurut Haliza, majlis berkenaan disifatkan sebagai hari istimewa untuk membina dan mengukuhkan hubungan selain bersosial, bergaul dan menikmati juadah raya dengan semua pihak selain memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

"Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan kerana umat Islam berjaya melaksanakan ibadah puasa dan ibadah lain dalam bulan Ramadan dengan sempurna. Kemenangan kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum serta juga kerana berjaya menjaga diri daripada melakukan perkara dilarang," katanya. - Utusan Malaysia

BACK