KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

Event Detail:

Martabat amalan penyusuan ibu

2018-07-07

ALOR SETAR - Menyedari susu ibu memiliki manfaatuntuk si bayi, Kedah Medical Centre (KMC) mengadakan Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2018, kelmarin.

Pengerusi Baby Friendly Hospital Committee, Dr Che Hatikah Che Hanafi berkata, KMC yang diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi sejak 2016 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengadakan sambutan itu setiap tahun. Kata beliau, pihaknya mengadakan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia atau World Breastfeeding Week (WBW) dalam usaha memartabatkan penyusuan susu ibu.

“Dalam aktiviti ini, kami menjemput bakal-bakal ibu dan ibu yang baharu menyusukan bayi untuk belajar cara-cara menyusukan bayi dengan betul. “Dengan ini, kita dapat memartabatkan amalan penyusuan ibu, sekaligus mengingatkan semua tentang kepentingan penyusuan susu ibu kepada generasi kini,” katanya.

Terdahulu, majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2018 itu dirasmikan oleh Pengarah Perubatan KMC, Datuk Dr Kamaruzaman Ali. Beliau berharap, program diadakan KMC setiap tahun berkenaan dapat membantu mempromosi amalan itu, sekaligus melindungi kepentingan penyusuan susu ibu. - Sinar Harian

BACK