
Lebih 50,000 orang menghadiri Karnival Upindan Ipin anjuran KPJ Healthcare Bhd (KPJ) yang berlangsung di StadiumTertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) baru-baru ini.
Timbalan Pengurus KumpulanPemasaran dan. Komunikasi KorporatKPJ, Irdawani Deris berkata,pelbagai aktiviti dijalankan sepanjangtiga hari karnival berlangsung. Beliau berkata, antara aktiviti itutermasuk pemeriksaan kesihatan,demonstrasi bantuan pernafasan kecemasan (CPR), mewarna, masak secara sihat dan cuci tangan secara betul.
"Aktiviti paling mencuri tumpuan sudah semestinya kehadiran maskot Upin dan Ipin serta rakan-rakannya.
Paling teruja ialah golongan kanak-kanak yang turut mengambil kesempatan bergambar dengan mereka.
"Ternyata karnival tiga hari ini banyak memberi manfaat terutamanya untuk mendidik kanak-kanak tentang aspek kebersihan dengan pendekatan yang lebih santai," katanya kepada Utusan Malaysia baru- baru ini.
Irdawani berkata, karnival itu merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat pihaknya dalam memberi perkhidmatan percuma dan maklumat penting tentang kesihatan kepada masyarakat.
Karnival tersebut merupakan yang ketiga selepas berjaya dianjurkan di Mydin Meru Raya, Ipoh pada 20 hingga 21 Oktober dan Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur
|