KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

Event Detail:

'KPJ Baby Hatch' dilancarkan

Usaha beri perlindungan kepada bayi baharu lahir yang tidak mampu dijaga

2015-02-15

KOTA KINABALU: Melihat keseriusan kes pembuangan bayi yang berlaku di negeri ini dengan 21 kes direkodkan dalam tempoh enam tahun (2008-2014), Hospital Pakar Damai mengambil inisiatif mewujudkan 'KPJ Baby Hatch'sebagai usaha memberi perlindungan kepada bayi yang baru dilahirkan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, baby hatch yang dirasmikan kelmarin itu bukan bertujuan untuk mengalakkan pembuangan bayi sebaliknya, ia adalah i.msiatit yang diambil bagi meiindungi bayi yang baru lahir.

Katanya, bcrbanding meninggalkan bayi baru dilahirkan ditempat vang tidak selamat, KPJ Health Berhad mengambil langkah raurni untuk menyediakan tempat meletakkan bayi baru lahir sekiranya ada pihak tidak mampu atau tidak sanggup memelihara bayi berkenaan.

"Walaupun insiden pembuangan bayi di Sabah tidak tinggi namun, adalah penting
untuk kita menvelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa.

"Program mi amara usaha murni yang dilakukan KPJ Healthcarc Berhad melalui Hospital Pakar Damai untuk memberi perlindungan kepada bayi baru lahir. Ia lehih baik dan pada membiarkan bayi baru lahir dibuang atau ditinggalkan di tempat yang tidak selamat.

"Dengan adanya baby hatch ini, ia membolehkan bayi berkenaan diberi peluang untuk mendapat penjagaan dan peluang kehjdupan yang lebih baik," katanya ketika berucap sempena Majlis Pelancaran 'KPJ Baby Hatch di Hospital Pakar Damai, di sini kelmarin.

Pelancaran yang diadakan sempena Hari Kekasih itu memberi ruang kepada orang ramai berfikir sejenak akan tindakan pembuangan bayi baru lahir.

Jainab berkata, antara punca pembuangan bayi adalah perasaan malu dan takut untuk menghadapi realiti kehidupan dalam kalangan remaja setelah terjebak dengan gejala sosial.

"Untuk itu, saya menyarankan pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan swasta di negeri ini agar turut serta dalam membantu ktraiaan bagi membondung masalah sosia! yang membawa kepada kejadian pembuangan bayi ini," katanya.

Menyentuh mengenai bagaimana idea perlaksanaan projek itu bermula, Jainab berkata, program baby hatch itu mula dicadangkan oleh KPJ Healthcare Berhad semasa perbincanganbersarna Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah pad a November 2014. Hasil perbincangan itu, penubuhan baby hatch ini dipersetujui untuk dilaksanakan.

"Ketika perkara itu dimaklumkan kepada saya mencadangkan agar program baby hatch itu dilancarkan pada 14 Februari sempena Hari Kasih Sayang bagimemberitahu
kepada orang ramai kewujudan perkhidmatan baby hatch," katanya.

Jika dilihat dari segi pelaksanaan program baby hatch ini program sebegini sebenarnya sudah dilaksanakan sejak tahun 2000 di beberapa buah negara termasuk Jerman, Jepun dan Pakistan.

Untuk Malaysia, program baby hatch ini sudah dilaksanakan di Sembilan lokasi iaitu masing-masing lapan di Semenanjung Malaysia dan satu di Sarawak. Program Baby Hatch di Damai ini adalah lokasi yang terbaharu.

Kemudian menyentuh mengenai objektif penubuhan baby hatch, Jainab berkata, penubuhan baby hatch itu bertujuan untuk menangani kes pembuangan bayi baru dilahirkan di tempat-tempat tidak sesuai hingga boleh kepada bayi.

Dalam pada itu, beiiau turut mempelawa mana-mana NGO atau syarikat korporat untuk menubuhkan pusat penjagaan bayi dalam usaha membantu menangani kes pembuangan bayi yang berlaku di negeri ini.

Sementara itu, Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah Dr Tan Bee Hwai berkata, berdasarkan rekod, kebanyakan kes pembuangan bayi ini berlaku disebabkan kehamilan yang tidak dirancang.

"Atas sebab itulah, dari aspek perubatan, kita menasihatkan mereka yang sudah berkahwin agar mempunyai perancangan keluarga bagi mengelakkan berlakunya kehamilan tidak dirancang ini," katanya.

Manakala, untuk mereka yang belum berkahwin dinasihatkan agar menggunakan perlindungan sekiranyamelakukanhubungan seks. Walau ia bertentangan dengan adat, tetapi perkara seperti ini memang berlaku dalam kalangan mereka yang terjebak dalam gejala sosial.





BACK