KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

Event Detail:

Yakult rai pesakit

2015-02-12

Sebagai sebuah hospital yang sentiasa peka dengan amalan cara hidup sihat, Hospital KPJ Ampang Puteri, Kuala Lumpur, baru-baru ini telah menganjurkan kempen Gaya Hidup Sihat untuk kanak-kanak. Kempen yang julung kali dianjurkan itu bertujuan mendidik kanak-kanak tentang kepentingan mengamalkan permakanan yang seimbang bermula daripada usia yang" masih kecil agar dapat diamalkan sehingga dewasa.

Menurut Pengurus operasinya, Azlina Muzaini, kempen tersebut yang diadakan khas untuk kanak-kanak selain meraikan pesakit-pesakit serta pengunjung Iain yiftg berada di hospital.

"Majlis ini diadakan untuk meraikan kanak-kanak, pesakit, dan setiap pengunjung yang ada di sini hari ini.

"Kempen yangkamiadakan ini juga merupakan perancangan jangka panjang kami untuk memupuk kesedaran gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat hari ini," ujarnya ketika ditemui, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, kempen tersebut yang diadakan dari pukul 9 pagi hingga 1 petang ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran duta minum susu kultur,Yakult, Atai.

Pada kempen itu juga, Yakult turut mengagihkan sebanyak 3,000 minuman kultur tersebut kepada para pengunjung dan pesakit Hospital KPJ Ampang Puteri.

Selain itu, Atai turut melawat pesakit di wad kanak-kanak.

" Aktiviti-aktivit lain yang turut diadakan pada hari tersebut ialah pertandingan mewama makanan berkhasiat dan ceramah kesihatan" oleh Pakar Pemakanan, Hospital KPJ Ampang Puteri.

BACK