Dah boleh imam 3 adik |
2015-03-17 |
Nilai: "Lepas ini saya boleh jadi imam kepada tiga adik lelaki saya yang lain," kata Mohd Safiy Arafiq Mohd Kamal, 10, salah seorang daripada 37 kanak-kanak lelaki yang menyertai Majlis Khatan Perdana di KPJ Healthcare University Col lege (KPJUC), Nilai di sini, semalam. Turut berkhatan ialah adik lelakinya, Mohd Safiy Irfan, 9, selepas keduaduanya dibawa ibu bapa mereka dari rumah di Kampung Legong Ulu, Rembau untuk menyertai program anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan kerjasama KPJUC. Mohd Safiy Arafiq berkata, kebiasaannya apabila masuk waktu solat, dia bersama adiknya akan berebut men jadi imam ketika ketiadaan bapa di rumah yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Seremban, dekat sini. "Ayah sering berpesan supaya kami solat bersendirian ketika ayah tiada di rumah. Ayah beritahu apabila saya berkhatan baru boleh menjadi imam. Kata-kata ayah itu membuatkan saya bersemangat untuk berkhatan, sejak tahun lalu. "Selepas ini, saya boleh menjadi imam kepada adik tetapi secara bergilirgilir dengan Mohd Safiy Irfan yang turut berkhatan hari ini (semalam)," katanya ketika ditemui Harian Metro, dalam Majlis Khatan Perdana itu. Difahamkan, program itu yang tidak memerlukan ibu bapa membuat sebarang bayaran Seramai lima pegawai perubatan dan 40 pelatih masing-masing penuntut semester pertama dan tiga di KPJUC berkenaan, terbabit dalam program khatan itu. Mohd Safiy Arafiq berkata, sebagai anak sulung dalam keluarganya, dia perlu berani dan menjadi contoh kepada tiga adiknya yang lain berusia antara satu bulan hingga sembilan tahun. "Paling menakutkan, apabila sepupu saya memberitahu saya akan dikhatankan menggunakan kapak dan saya akan berasa sakit. Apabila sudah berkhatan, baru saya tahu itu semua tipu, sebaliknya saya tidak rasa sakit," katanya. Sementara itu, Ketua Unit Penyelarasan dan Pemantauan Institusi Akar Umbi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Yusof Yunus berkata, program berkenaan kali pertama di anjurkan pihaknya. "Kita menyasarkan akan menjalankan program berkenaan setiap tahun iaitu sebanyak tiga kali setahun se masa cuti persekolahan dengan membabitkan peserta daripada isi rumah berpendapatan RM1,500 ke bawah," katanya. |