KAUNSELING kesihatan mata |
2015-04-27 |
Bertemakan Keselamatan Makanan, tahun ini sekali lagi Hospital Pakar KPJ Klang mengadakan sambutan Hari Kesihatan Sedunia (WHD) Hari Glaucoma dan Hari Buah Pinggang Sedunia secara serentak di hospital itu pada 11 April lalu. Majlis yang dihadiri le bih 200 tetamu terdiri daripada orang awam dan penduduk sekitar Selangor, pelanggan korporat dan kakitangan hospital itu bertujuan meningkatkan kesedarah orang awam mengenai pentingnya men jaga kesihatan diri, keselamatan daripada penyediaan makanan, kesihatan buah pinggang serta kesedaran mengenai penyakit glaukoma. Pelbagai aktiviti dia dakan khusus untuk orang ramai antaranya ceramah kesihatan bertajuk Apa itu Glaukoma dan Cara Merawatnya oleh Pakar Oftalmologi, Ahmad Fauzi Md Sharif dan Zurina Zainal Abidin. Tetamu juga diberi peluang menjalani pemeriksaan saringan kesihatan, pemeriksaan mata serta kaunseling pemakanan secara percuma agar mereka lebih tahu apa yang perlu dilakukan untuk menjaga mata. Majlis turut dihadiri selebriti terkenal Chef Yang Jamil dan artis undangan, Datuk jalaluddin Hassan serta Cico Harahap. Chef Firdaus Radzi pula melaya ni tetamu kecil dengan acara dekorasi kek oleh kanakkanak tadika yang Berjaya mencuit hati tetamu. Di samping itu, terdapat acara menarik seperti selfie kreatif, cabutan bertuah dan pelbagai jualan di tapak pameran. Turut hadir, Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Klang, Datuk Dr Sivamohan N dan Pengurus Besar Hospital Pakar KPJ Klang, Rosnani Ismail. - Harian Metro |