Hari Kesihatan Sedunia KPJ Tawakkal | |
2015-05-03 | |
SAMBUTAN Han Kesihatan Sedunia adalah salah satu inisiatif industri penjagaan kesihatan untuk menimbulkan kesedaran masyarakat untuk hidup dalam gaya hidup sihat dan mengamalkan 'mencegah lebih baik daripada mengubati'. Hari Kesihatan Sedunia tahun ini dengan mesej 'Bekerja bersamasama untuk Kesihatan' memberikan penekanan dalam aspek keselamatan makanan dalam pemilihan makanan dan gaya berdiet. Oleh sebab permintaan terhadap bekalan makanan semakin meningkat di seluruh dunia, semua orang perlu memastikan inakanan yang ada di dalam pinggan adalah selamat dimakan. Sempena Hari Kesihatan Sedunia 2015, Hospita Pakar Tawakkal dan Pusat Kesihatan KPJ Tawakkal, ahli KPJ Healthcare menganjurkan Karnival KPJ Tawakkal barubaru ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kepada komuniti berkaitan dengan kepentingan kesedaran tentang keselamatan makanan. Pada hari berkenaan, pelbagai acara diadakan antaranya membantu pengunjung memastikan mendapat makanan yang berkhasiat dengan sesi forum awam secara interaktif yang dikendalikan oleh Master Chef Malaysia, Chef Brian dengan selebriti terkenal Aizat Amdan. Chef Brian menunjukkan kaedah penyediaan makanan yang mudah tetapi sihat di rumah. Demonstrasi CPR dengan melibatkan 250 peserta akan membantu menyedarkan masyarakat kepentingan mengetahui tindakan asas bantuan sokongan dalam membantu mereka yang memerlukan bantuan CPR semasa kecemasan. Kanak-kanak juga diraikan dengan aktiviti menghias makanan di Children Art Zone yang dianjurkan oleli Kelab Cutie, Hospital Pakar Tawakkal. Senaman Selain itu terdapat banyak aktiviti bagi meningkatkan gaya hidup sihat seperti pemantauan kesihatan, pameran pendidikan dan kem latihan oleh OptimumLiveFit. Misalnya aktiviti memanjat dinding, cabaran lompat tali dan demonstrasi kebersihan tangan dan demo senaman bagi mengawal stres. Semasa majlis berkenaan, pengunjung diberikan tip kesihatan dan dididik perihal kepentingan bekerja bersamasama bagi mendapatkan gaya hidup sihat serta pulang membawa resipi yang sihat dan menyelerakan selain persembahan penutup oleh "Sebagai sebahagian daripada sambutan, kanakkanak juga diraikan dengan aktiviti menghias makanan dalam Children Art Zone yang dianjurkan oleh Kelab Cutie, Hospital Pakar Tawakkal". - Mingguan Malaysia | |
|