KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

AL-AQAR AMBIL ALIH HARTANAH RM383 JUTA

Utusan Malaysia - Al-Aqar KPJ REIT (Al-Aqar), syarikat pelaburan hartanah, bersetuju mengambil alih beberapa hospital, kolej dan hotel pada harga RM383.4 juta.

29-01-2009

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Al-Aqar KPJ REIT (Al-Aqar), syarikat pelaburan hartanah, bersetuju mengambil alih beberapa hospital, kolej dan hotel pada harga RM383.4 juta.

Menurut satu kenyataannya, daripada jumlah itu, syarikat akan membayar RM239.5 juta secara tunai dan bakinya dilakukan menerusi terbitan 151.5 juta unit saham baru Al-Aqar berharga RM0.95 seunit.

''Pengambil alihan ini melibatkan Hotel Selesa dan Metropolis Tower daripada Hotel Selesa (JB) Sdn. Bhd. (HSSB), anak syarikat Kumpulan Penambang (Johor) Sdn. Bhd.

''Hospital yang terlibat adalah Hospital Pakar Seremban, Pusat Perubatan Taiping, Hospital Pakar Damai, Hospital Pakar Bukit Mertajam, Hospital Pakar KPJ Penang, Hospital Pakar KPJ Tawakal dan Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan KPJ daripada KPJ Healthcare Bhd. (KPJ),'' katanya.



BACK