KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

ENAM HOSPITAL KPJ SERTAI KEMPEN ANTI-DENGGI

MyMetro - Reckitt Benckiser, pengeluar produk Shieldtox bekerjasama dengan KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare), pengendali hospital swasta tempatan melancarkan Kempen Anti-Denggi yang akan berlangs

17-03-2010

KUALA LUMPUR: Reckitt Benckiser, pengeluar produk Shieldtox bekerjasama dengan KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare), pengendali hospital swasta tempatan melancarkan Kempen Anti-Denggi yang akan berlangsung selama setahun.
 
Sebagai langkah pertama kempen, bekas pesakit denggi kali pertama di enam hospital KPJ sekitar lembah Klang akan diberi satu beg barangan anti denggi Reckitt Benckiser berisi Shieldtox, jangka suhu, lampu suluh dan maklumat ketika mendaftar keluar dari hospital sebagai langkah pencegahan.
Enam Hospital KPJ itu adalah Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Hospital Pakar KPJ Damansara, Hospital Pakar KPJ Kajang, Hospital Tawakal, Pusat Perubatan Sentosa dan Pusat Perubatan Selangor.
 
Selain itu, aktiviti gotong-royong bersama penduduk tempatan di kawasan ‘panas’ denggi turut akan diadakan pada hujung minggu.
Pengarah Sumber Manusia Reckitt Benckiser (M) Sdn Berhad, Carolyn Lim, berkata kempen itu bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat mengenai bahaya denggi yang wujud sejak 20 tahun lalu.
 
“Selaku syarikat pengeluar produk kawalan serangga perosak ternama, kami bertanggungjawab mendidik masyarakat cara mencegah aedes dan seterusnya mengurangkan penularan demam denggi,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran kempen itu di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, di sini, semalam.



BACK