KAJANG - Kemudahan yang canggih tidak akan sempurna jika tidak disokong dengan kualiti perkhidmatan yang baik, berkualiti dan tenaga kerja yang bersatu padu serta mesra pelanggan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata, kerajaan amat menitikberatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.
Menurutnya, kerjasama di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) dalam membuat garis panduan dan standard-standard yang bertaraf antarabangsa mi akan dapat memberikan nilai tambah kepada mutu perkhidmatan kesihatan di Malaysia.
"Saya dimaklumkan bahawa Hospital Pakar KPJ Kajang merupakan hospital ke lapan di dalam KPJ Healthcare Berhad yang berjaya mendapat persijilan akreditasi dan MSQH,†katanya pada majlis. Majlis Penyampaian Sijil Akreditasi MSQH kepada Hospital Pakar Kajang dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Pengarah Bahagian Arnalan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Noraini Baba.
Menurutnya, inisiatif ini berteraskan komitmen tinggi dalam memastikan pematuhan undang-undang berkaitan penyediaan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang berkualiti, mesra pelanggan serta mematuhi piawaian antarabangsa yang telah ditetapkan oleh MSQH.
|