PUSAT PERLINDUNGAN BAYI KPJ-ISH |
HOSPITAL Pakar lpoh (KPJ-ISH) di Perak menjadi hospital pertama di Malaysia yang menyediakan pusat perlindungan bayi bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya untuk menyelamatkan nyawa bayi yang |
08-02-2011 |
HOSPITAL Pakar lpoh (KPJ-ISH) di Perak menjadi hospital pertama di Malaysia yang menyediakan pusat perlindungan bayi bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya untuk menyelamatkan nyawa bayi yang dibuang supaya mereka dapat hidup dalam keadaan dan persekitaran selamat.
Tanggal 3 Januari lalu mencatat sejarah bagi pusat itu apabila menerima bayi pertamanya iaitu seminggu selepas dilancarkan secara rasmi.
Bayi lelaki seberat 7.8 kilogram (kg) itu diterima pada jam 4 petang dan dianggarkan berusia dalam lingkungan tujuh bulan dan sihat serta aktif ketika pemeriksaan awal dijalankan ke atasnya.
Namun, selepas pemeriksaan terperinci dijalankan, pihak hospital mendapati ukur lilit kepala bayi terbabit lebih besar berbanding bayi normal dan imbasan berkomputer (CT brain scan) mendapati bayi berkenaan disahkan menghidap hydrocephalus iaitu cecair terkumpul dalam otak.
Idea mewujudkan pusat perlindungan bayi beroperasi 24 jam itu dicetuskan Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ-ISH, Datuk Dr Fadzli Cheah Abdullah, yang memaklumkan kemudahan itu bukan jalan penyelesaian kepada kes pembuangan bayi tetapi sekurang-kurangnya ia dapat menawarkan kehidupan yang Iebih baik kepada bayi yang dihantar ke pusat berkenaan. Katanya, statistik dari Januari 2005 hingga Ogos 2010 menunjukkan sebanyak 472 kes pembuangan bayi diIaporkan di seluruh Negara dan daripada jumlah itu, 55 peratus bayi yang dibuang itu meninggal dunia.
Justeru, pusat ditempatkan berdekatan Jabatan Kecemasan dan Kemalangan hospital berkenaan yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman, itu diharap dapat mengelak berlakunya masalah berkenaan.
Katanya, jika bayi yang dihantar itu tidak sihat, ia akan diberi rawatan sewajarnya sebelum diserahkan kepada pihak JKM. “Pusat ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan menerima sokongan padu daripada doctor yang berkhidmat dihospital ini,†katanya.
Katanya, sebaik bayi dimasukkan dalam bekas khas disitu, satu isyarat akan berbunyi dan jururawat bertugas akan mengambil bayi yang diletakkan dengan segera. “Setiap bayi yang dilahirkan berhak untuk hidup dan kita berharap pendekatan ini dapat mengurangkan masalah pembuangan bayi di Perak,†katanya.
Katanya, kewujudan pusat itu diharap mampu menyediakan perlindungan sementara kepada bayi sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya. “Kerajaan negeri akan mengkaji dan menilai keberkesanan pusat perlindungan yang disediakan dihospital itu sebagai rujukan pada masa depan,†katanya.
Mengenai isu pembuangan bayi, Hamidah berkata, kerajaan negeri akan menggunakan pendekatan menyeluruh bagi menangani masalah berkenaan, termasuk menganjurkan kempen kesedaran di sekolah menengah, universiti dan kilang selain mencetak risalah bagi mendidik wanita supaya mereka tidak mudah terjebak dengan aktiviti seks yang menjurus kepada pembuangan bayi.
“Dengan peruntukan RM2 juta yang disediakan kerajaan negeri, saya berharap kempen kesedaran yang dirancang dan pengedaran risalah ini dapat dilaksanakan pada 2011,†katanya. |