KUALA LUMPUR 19 Ogos - Real Estate Investment Trust Al-Aqar KPJ REIT (Al-Aqar) akan membeli Kemudahan Penjagaan Warga Tua Jeta Garden dan Perkampungan Pesara Jeta Garden serta tanah pembangunan perkhidmatan pada harga RM131.9 juta dengan kombinasi tunai dan unit baru Al-Aqar.
Pembelian itu dibuat melalui anak syarikat Al-Aqar, Al-Aqar Australia Pty. Ltd selepas para pemegang unit itu memberi kelulusan, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Al-Aqar berkata, cadangan pembelian bagi unit-unit hartanah itu yang sebahagiannya secara tunai sebanyak RM6S.95 juta dan bakinya melalui terbitan unit baharu Al-Aqar berjumlah
RM65.654 juta pada harga terbitan yang akan ditetapkan selepas pembelian itu selesai. Syarikat pengurusan unit amanah hartanah patuh Syariah itu, unit amanah hartanah berkaitan penjagaan kesihatan Islam turut mencadangkan perubahan nama daripada Al-Aqar KPJ REIT kepada Al-Aqar Healthcare REIT, selari dengan strategi perniagaan AI-Aqar dan kumpulan syarikat-syarikat itu.
Al-Aqar kini memiliki bangunan-bangunan hospital dengan pelaburan berjumlah RM1.27 bilion dan 580.167 juta unit yang disenaraikan di Bursa Securities.
Peringkat pertama membabitkan suntikan dalam enam buah bangunan bernilai RM485.8 juta sementara suntikan kedua lima bangunan berjumlah RM179.9 juta dan ketiga, tujuh bangunan, Sebuah kolej kejururawatan dan sebuah menara hotel bagi RM405.8 juta.
Cadangan pembelian itu dijangka selesai suku keempat 2011.
|