SEREMBAN - Hospital Pakar Seremban, (KPJ Seremban) mengembangkan cabang perkhidmatannya dengan menawarkan khidmat Pakar Bedah Plastik menerusi pembukaan sebuah klinik khas semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Seremban, Abd. Aziz Abd. Rahman berkata, klinik herkenaan akan beroperasi secara berkala iaitu setiap Jumaat dan Sabtu pada minggu kedua dan keempat setiap bulan sebelum beroperasi sepenuhnya tahun depan.
"KPJ Seremban merupakan hospital pertama di Negeri Sembilan menawarkan perkhidmatan ini," katanya selepas merasmikan klinik itu di sini.Abd. Aziz berkata, pakar bedah plastik berpengalaman, Dr. Mohamed Faizal Ali yang pernah berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru akan mengendalikan klinik tersebut.
|