KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

Gerontologi perkaya kecemerlangan KPJ

KPJIC berjaya lahir hampir 2,000 tenaga jururawat dan 500 professional kesihatan

27-10-2011

Sejak diperkenalkan pada 1 April 1991, Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Antarabangsa KPJIC menetapkan matlamat menjadi pelopor bagi institusi pengajian tinggi bidang kesihatan yang berdaya saing dan progresif.

Bernaung sebagai anak syarikat kepada KPJIC Healthcare Berhad, Bahagian Kesihatan Johor Corporation, ia adalah kumpulan swasta terbesar yang menawarkan khidmat kesihatan melalui bukan saja rangkaian hospital seluruh Malaysia dan Indonesia tetapi turut merangkumi rangkaian pengedaran keperluan perubatan dan farmaseutikal, makmal patologi bertauliah, kolej kejururawatan serta perkhidmatan teknikal kesihatan seperti pembangunan hospital, penyelenggaraan serta kejuruteraan bioperubatan.

Dengan pengalaman dan rekod cemerlang selama 19 tahun kewujudannya, KPJIC kini adalah kolej pengajian tinggi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kolej berkenaan turut berjaya mengukuh serta mengembangkan sayapnya sebagai penyedia perkhidmatan dan melahirkan sumber tenaga manusia bertauliah, sekali gus sebagai entiti perniagaan bidang kesihatan cemerlang.

Sebagai kolej kejururawatan swasta pertama menawarkan kursus Diploma Kejururawatan yang menerima tauliah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). KPJIC sejak pengambilan pelajar pertama pada September 1991 yang berjumlah 30 orang berjaya mengekalkan kadar kejayaan 100 peratus graduannya bagi Peperiksaan Terminal Badan Kejururawatan (Nursing Board Terminal Examination) sehingga kini.

Statistik terbaru pula menunjukkan KPJIC sudah melahirkan hampir 2,000 tenaga jururawat dan 500 profesional kesihatan yang memiliki ijazah, diploma dan pengajian peringkat pasca-siswazah dengan melakukan pengkhususan dan kepakaran. Populasi semasa bagi pelajar adalah seramai 1,500 orang.

KPJIC turut menjalin kerjasama dengan universiti luar negara terutama dan Australia dan United Kingdom.

Sebagai contoh, KPJIC menjalin usaha sama antaranya dengan University of South Australia bagi latihan kejururawatan penjagaan kritikal. Terdapat banyak lagi usaha seperti mi dijalin antara KPJIC dengan institusi terkemuka dunia Seperti Edith Cowan University, Curtin University serta Liverpool John Moores University, bertujuan memantapkan sukatan pelajaran serta pendedahan kepada pelajar dalam pelbagai cabang perkhidmatan kesihatan.

Bagi setiap graduan KPJIC, kerjaya selepas tamat pengajian sentiasa tersedia. Rangkaian hospital KPJIC yang terletak di hampir Semua bandar utama di Malaysia turut berfungsi sebagai pusat latihan bagi kecemerlangan pendidikan klinikal.

Sejumlah 17 hospital dengan kelengkapan termaju yang antara lain turut dilengkapi 2,000 katil, 500 perunding dan 6,000 kakitangan, hospital berkenaan kini merawat

Sehingga 1.2 juta pesakit luar dan 150,000 pesakit dalam yang sekali gus menjamin permulaan kerjaya bagi semua graduannya.

Sebagai langkah memperlengkapkan lagi pilihan pengajian dan kepakaran khusus di dalam bidang kesihatan, KPJIC turut menawarkan sijil profesional Kejururawatan

Gerontologi sebagai pilihan kepada mereka yang di dalam bidang ini yang berminat untuk melanjutkan pengajian.

Kursus berkenaan yang dibahagikan kepada dua blok tempoh pengajian menekankan gabungan pembelajaran teori dan latihan serta modul kerja sebenar diajar dalam rentang waktu enam bulan (26 minggu) untuk pelajar sepenuh masa, dengan pengambilan yang diadakan setahun sekali.

Program mi terbuka kepada Semua jururawat berdaftar, dengan pengalaman kerja selama dua tahun atau sekurang-kurangnya mempunyai tiga bulan pengalaman di dalam bidang berkaitan.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan jururawat dengan teori, pengetahuan dan kemahiran praktikal terhadap keperluan penjagaan warga emas dengan sumber yang ada. Sebaik tamat pengajian, antara kemahiran dan pengetahuan akan dipelajari pelajar ialah bagaimana untuk berkomunikasi dengan berkesan jika berhadapan dengan pesakit usia lanjut.

KPJIC melalui pusat fisioterapinya turut menawarkan khidmat sosial kepada sesiapa yang memerlukan. Melalui program Khidmat Komuniti Pusat Rehabilitasi Fisioterapi, pemeriksaan berkaitan kecederaan sukan, neurologi, kesihatan wanita dan sebagainya turut ditawarkan kepada semua peringkat umur.

Dengan bayaran serendah RM5, ia dilihat sebagai satu usaha dan sumbangan pelajar kepada masyarakat.

Beroperasi bagi tempoh tiga jam dan 2 petang hingga 5 petang pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat, orang awam boleh berkunjung ke Pusat Rehabilitasi Fisioterapi, kampus KPJIC Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan untuk mendapatkan khidmat dan nasihat lanjut.

Perkhidmatan ditawarkan adalah terapi laser, terapi ultrasound, terapi infrared, aktiviti treadmifi, aktiviti ambulatori dan latihan gait, teknik pemindahan serta kelengkapan gim untuk senaman.







BACK