KPJ Healthcare Bhd (KPJ, kumpulan penjagaan kesihatan dan perubatan swasta terbesar negara, melebarkan mengembangkan operasinya ke Perlis dengan pembinaan sebuah hospital baru dikenali Perlis Specialist Hospital (PSH).
Langkah itu sekali gus membolehkan kumpulan berkenaan menawarkan perkhidmatan kesihatan alternatif untuk memenuhi keperluan rawatan pakar yang sempurna kepada lebih 240,000 pengguna di negeri berkenaan.
Hospital pakar sulung Perlis setinggi lapan tingkat itu dibina hasil usaha sama KPJ dan Yayasan Islam Perlis (YIP) di atas tapak seluas kira-kira 1.74 hektar di Pengkalan Asam, Kangar dan la dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2014.
Pengarah Urusan KPJ, Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir berkata, melalui fasa pertama pembangunan yang menelan kos RM30 juta, PSH dijangka diiengkapi 90 katil dengan kemudahan tiga bilik bedah.
"Selain itu ia juga turut menyediakan kemudahan unit penjagaan rapi, bilik bersalin, kemudahan fisioterapi, hemodialisis, kecemasan dan kemalangan serta perkhidmatan pesakit luar yang akan beroperasi selama 24 jam.
"Buat masa sekarang, pembangunan PSH akan ditumpukan kepada fasa pertama yang akan dimulakan pada Januari 2012 dan tahap kemudahan yang dimiliki itu akan dipertingkatkan lagi melalui projek fasa kedua pembangunan PSH yang kosnya akan ditentukan kemudian," katanya ketika ditemui sempena Majlis Pecah Tanah projek itu di Kangar semalam.
Majlis itu disempurnakan Menten Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. Hadir sama, Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.
KPJ sebelum mi dilapor mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan bagi membina dan membuka tujuh lagi hospital swasta di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun termasuk di Perlis, sekali gus mengukuhkan kedudukan kumpulan itu sebagai peneraju penjagaan kesihatan di negara ini.
Selain di Perlis, enam lagi dikenal pasti termasuk di Klang (Selangor), Kota Kinabalu (Sabah), Pasir Gudang (Johor), Muar (Johor), Bandar Datuk Onn (Johor) dan Tanjung Lumpur (Kuantan).
Sementara itu, Md Isa berkata, kehadiran PSH bukan saja dapat menjadi sumber tarikan pelancongan kesihatan ke negeri, malah mampu menampung keperluan terhadap sumber tenaga pakar dalam bidang perubatan.
"Buat masa sekarang keperluan terhadap perkhidmatan perubatan terutama untuk pesakit luar di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) amat tinggi, termasuk daripada mereka yang berada di luar Perlis.
"Justeru, dengan kemasukan KPJ ini, kita yakin keperluan terbabit dapat dipenuhi, lebih-lebih lagi dengan pertambahan jumlah penduduk Perlis kini," katanya.
|