KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

Saingan 21 pasukan

SEBANYAK 21 pasukan akan berentap dalam Kejohanan Badminton Antara Kelab 2011 merebut Piala Datuk Ng Boon Bee yang akan diadakan selama dua han di Kelab Renang Ipoh (ISC) mulai hari ini.

26-11-2011

SEBANYAK 21 pasukan akan berentap dalam Kejohanan Badminton Antara Kelab 2011 merebut Piala Datuk Ng Boon Bee yang akan diadakan selama dua hari di Kelab Renang Ipoh (ISC) mulai hari ini.

Pasukan itu ialah Kelab Kulim, Kelab Sukan Pulau Pinang (Penang Sports Club), Kelab Badminton Bayan Baru, Manjung Badminton Team, Kelab Diraja Klang.

Turut diundang ialah Kelab Shah Alam Selangor, Sunway Lagoon Club, Pasukan OUG, Negeri Sembilan Chinese Recreation Club (NSCRC) dan Pasukan Ipoh Specialist Centre (KPJ Ipoh).

Tuan rumah, Ipoh Swimming Club pula menghantar tiga pasukan bagi menghadapi kejohanan yang kali pertama dianjurkan itu.

Format- kejohanan ialah beregu terbuka lelaki dan wanita, beregu lelaki (umur campuran berjumlah 85 tahun), beregu lelaki (umur campuran 95 tahun) dan beregu lelaki (umur campuran 105 tahun).







BACK