KPJ Healthcare Bhd (KPJ), kumpulan penjagaan kesihatan dan perubatan swasta terbesar negara, dalam proses membangunkan bangunan korporatnya bernilai RM15 juta yang bakal menjadi ibu pejabatnya.
Bangunan setinggi enam tingkat itu akan dibina di Seksyen 36A, Persiaran Titiwangsa 3, Kuala Lumpur awal tahun depan dan dijangka mengambil masa 12 bulan untuk disiapkan.
Ia kelak akan menjadi pusat pengurusan semua rangkaian hospital swastanya di Malaysia dan Indonesia.
Kumpulan itu dalam kenyataannya berkata, ibu pejabat baru itu adalah bagi membolehkannya meneruskan proses peluasan rangkaian cawangan hospitalnya di Malaysia dan Indonesia, seterusnya di seluruh Asia.
"Bangunan itu tidak akan digunakan untuk kegunaan komersial atau disewakan kepada pihak lain, tapi akan digunakan sepenuhnya oleh KPJ sendiri dan akan menempatkan lebih 50 kakitangan eksekutif kami.
"Namun, kebanyakan kakitangan ini bertugas di cawangan hospital terletak di luar Kuala Lumpur, sehubungan itu mereka hanya akan berada di sini pada waktu tertentu saja," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Mengenai konsep bangunan itu, Ia dibina dengan mengetengahkan konsep bangunan dalam taman bagi memastikan ia selari dengan kawasan Titiwangsa yang terkenal dengan kehijauannya dengan keseluruhan tingkat bawahnya akan di jadikan sebagai kawasan landskap.
Pembinaan bangunan itu kelak secara tidak Iangsung akan meningkatkan lagi nilai hartanah kawasan sekitar serta menjadi mercu tanda dan memberi imej baru terhadap kawasan Titiwangsa dan Kuala Lumpur.
Berhubung gangguan bunyi bising terhadap penduduk sekitar sepanjang pembinaan itu dilakukan, KPJ berkata pembinaan itu akan menggunakan teknologi injection pile’ yang dapat mengurangkan gangguan bunyi dan getaran kepada kawasan sekitar
"Selain itu, teknologi industrialized building system’ juga akan digunakan yang mana mempercepatkan jangka masa pembinaan dan memastikan ia siap dibina mengikut tempoh ditetapkan.
"Manakala, waktu kerja pembinaan pula akan dilakukan mengikut waktu pejabat iaitu dan jam 8 pagi hingga 5 petang dan akan bercuti pada han Ahad serta cuti umum," katanya.
KPJ adalah syarikat penjagaan kesihatan di bawah Johor Corporation yang tersenarai di dalam Bursa Malaysia dan kini mengurus 21 cawangan hospital swasta di Malaysia dan dua di Indonesia.
|