KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

300 jalani pemeriksaan kesihatan

Kira-kira 300 penduduk Kampung Jawa dan persekitarannya menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma sempena kem kesihatan anjuran Hospital Pakar KPJ Johor di balai raya kampung itu, baru-baru ini.

06-12-2011

SEGAMAT: Kira-kira 300 penduduk Kampung Jawa dan persekitarannya menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma sempena kem kesihatan anjuran Hospital Pakar KPJ Johor di balai raya kampung itu, baru-baru ini.

Program terbabit adalah antara kegiatan tanggungjawab sosial korporat hospital berkenaan kepada penduduk kampung.

Turut diadakan sempena program itu ialah pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh (BMI), pemeriksaan mata, tekanan darah dan kandungan gula dalam badan, selain khidmat nasihat daripada doktor pakar mengenai isu berkaitan dengan tahap kesihatan.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norita Ahmad, berkata kem kesihatan itu adalah pertarna kali diadakan di daerah Segamat dan pihaknya berhasrat untuk meneruskan program seumpama itu di kawasan yang jauh dan Johor Bahru dalam usaha memberi sumbangan kepada masyarakat setempat.

Katanya, matlamat utama kem kesihatan itu adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penjagaan kesihatan dan pemeriksaan kesihatan secara percuma, selain menjalinkan hubungan rapat antara masyarakat setempat dengan pihak hospital.

"Kem kesihatan yang dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Daerah Segamat itu adalah sebahagian daripada program di bawah khidmat tanggungjawab sosial pihak hospital dan kami berharap kem kesihatan berkenaan akan diteruskan lagi pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu Pegawai Daerah Segamat, Abd Rahim Nin berkata, pihaknya berterima kasih kerana daerah itu dipilih sebagai lokasi penganjuran kem kesihatan dan berharap ia akan memberi manfaat kepada penduduk sekitarnya.

Katanya, kem kesihatan itu yang diadakan itu adalah tepat pada masanya dalarn usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan lagi kesedaran rakyat Malaysia termasuk panduduk kawasan Segamat mengenai kepentingan penjagaan kesthatan.







BACK