SEREMBAN: Usaha mendekatkan Negeri-fm dengan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini bukan saja menerusi lagu disiarkan di radio tetapi menggunakan pendekatan penganjuran 'Jelajah Amal Hiruk-Pikuk’ sempena sambutan Tahun Baru Cina, baru-baru ini.
Jelajah membabitkan daerah ini dan Port Dickson itu turut mendapat kerjasama polis Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan pemimpin setempat.
Pengarah Penyiaran Negeri Sembilan, Norbaiyah Baharuddin berkata, program amal itu bertujuan menghulurkan bantuan kepada 10 penerima terpilih daripada kaum Tionghua terutama warga emas.
"Peserta konvoi berkunjung ke rumab penerima bantuan itu ditentukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan menyampaikan bantuan dalam bentuk barangan keperluan harian, hamper, limau dan wang.
"Program ini turut mendapat kerjasama beberapa syarikat swasta iaitu CE Distribution, Hospital Pakar KPJ Seremban dan Bigera Sdn Bhd.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada syarikat terbabit yang sudi menyokong program amal ini kerana ia bukan saja dapat memperkenalkan Negerifm kepada masyarakat, malah mengukuhkan silaturahim serta semangat setiakawan tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.
Menurut beliau yang turut menyertai konvoi itu, pihaknya meneruskan aktiviti berkenaan pada masa depan sebagai sebahagian tanggungjawab sosial dan menjadikan Negerifm sebagai ejen pembangunan masyarakat.
"Kami mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak untuk menyurnbang sesuatu positif demi kepentingan dan kesejahteraan masyarakat," katanya.
|