KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

Themed Attractions dapat tujuh perkongsian

KUALA LUMPUR: Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd memperoleh tujuh perkongsian korporat baharu bernilai RM6 juta bagi taman tema pendidikan dan hiburan tertutup, KidZania Kuala Lumpur.

08-02-2012

KUALA LUMPUR: Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd memperoleh tujuh perkongsian korporat baharu bernilai RM6 juta bagi taman tema pendidikan dan hiburan tertutup, KidZania Kuala Lumpur.

Rakan-rakan kongsi baharu itu ialah Airtime Management and Programming Sdn Bbd, Allianz General Insurance Company, Allianz Life Insurance Malaysia Bhd dan A

Clouet and Co (KL) Sdn Bhd (Ayam Brand), Kraft Malaysia Sdn Bhd, Mini Melts (M) Sdn Bhd, PlazaPremium Lounge Management Ltd dan Sushi King Sdh Bhd (Sushi King) turut berada dalam senarai.

Naib Presiden Kanan I (perkongsian korporat dan pembangunan komersial) Themed Attractions, Philip Whittaker, berkata jumlah keseluruhan nilai perkongsian itu telah mencecah RM50 juta.

Pada masa ini,syarikat itu mempunyai 27 rakan kongsi, termasuk tujuh rakan kongsi baharu itu.

"Kami hampir mencapai 80 peratus daripada keseluruhan nilai sasaran kami. Saya percaya sasaran itu akan dicapai dalam 12 bulan akan datang.

"Kami akan mencari 10 bingga 15 perkongsian lagi dalam tempoh itu," katanya kepada pemberita selepas upacara menandatangani perjanjian perkongsian itu.

Whittaker berkata, syarikat itu mengharapkan rakan kongsi yang bergiat dalam industri barangan pengguna mudah laris dan produk penjagaan kesihatan peribadi.

Sebahagian daripada syarikat-syarikat yang menjadi rakan kongsi Themed Attractions bagi taman tema itu ialah AirAsia Bhd, Celcom Axiata Bhd, Media Prima Bhd, Sony (M) Sdn Bhd, KPJ Healthcare Bhd dan Telekom Malaysia Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin, hadir pada upacara itu.
- Bernama



BACK