KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

Festival layang-layang tarik 557 peserta

JOHOR BAHRU: Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) ke-17 pada Rabu hingga Ahad ini menyediakan pelbagai acara menarik kepada peserta dan pengunjung acara tahunan terbesar dunia itu.

12-02-2012

JOHOR BAHRU: Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) ke-17 pada Rabu hingga Ahad ini menyediakan pelbagai acara menarik kepada peserta dan pengunjung acara tahunan terbesar dunia itu.

Walaupun pada edisi lalu, harapan memahat nama dalam Malaysia Book Of Records dengan menerbangkan 3,000 layang-layang pada masa sama oleh pelajar sekolah rendah dan menengah tidak tercapai kerana faktor cuaca, hasrat itu tetap membara di hati penganjur.

Acara gah ini disertai peserta dan dalam dan luar negara selain pelbagai peringkat usia membabitkan kakitangan jabatan kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan murid sekolah rendah dan menengah itu bermatlamatkan menjadikan layang-layang sebagai medium menyatukan budaya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), On Jabbar berkata, tarikan festival kali ini adalah penyertaan 44 peserta Weifang International Kite Festival (WIKF) dan China yang popular di kalangan peminat layang-layang seluruh dunia.

Mereka akan membuat pertunjukan dan bengkel berkaitan termasuk pengaruh reka bentuk layang-layang hasil budaya masyarakat di sana.

"Festival kali ini bertemakan Satu Langit Satu Budaya’. Antara program menarik ialah pertandingan Wau Bulan, Wau Kucing Naik, Wau Bulan Sobek, Wau Bulan Naik, Wau Jalabudi Naik, Wau Jalabudi Sobek, Wau Merak, layang-layang dua dimensi dan tiga dimensi.

"Seramai 557 peserta akan menyertai pertandingan dalam pelbagai kategori dipertandingkan. Penganjuran kali ini turut menarik penyertaan baru dari Kepulauan Curacao, Colombia dan Turki selain mengekalkan pembabitan Asia Tenggara serta Timur dan Eropah.

"Antara negara terbabit kali mi ialah Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, Macau, China, Jepun, England, Jerman, Sepanyol, Itali, Belgium dan Austria," katanya.

Menurut On, penganjuran festival kali mi dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Johor turut mendapat dana RM400,000 sumbangan Johor Corporation (JCorp), KFC Holdings Malaysia (RM350,000) Selain KPJ Healthcare Berhad, Johor Land Berhad, Damansara Assets Sdn Bhd, TPM Technopark Sdri Bhd dan Tanjung Langsat Port Sdn Bhd dengan masing-masing menyumbang RM10,000.

On berkata, syarikat lain yang turut memberi sumbangan ialah Johor Port dan Cahaya Bumimas Sdn Bhd, masing-masing RM5,000.

"Malaysia Marine & Heavy Engneering Sdn Bhd, Bank Rakyat, Binaree Tech, Metro Parking Malaysia Snd Bhd, Focal Aims Sdn Bhd, Senai Desaru Expressway Bhd dan

D’Harmoni Telco Infra Sdn Bhd pula masing-masing menyumbang RM3,000," katanya.



BACK