KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

Bebas kotor

KANAK-KANAK perlu didedahkan dengan pendidikan asas mengenai kebersihan untuk memastikan mereka memahami kepentingan aspek itu terutama kemungkinan berhadapan risiko jangkitan penyakit kerana golongan

14-02-2012

KANAK-KANAK perlu didedahkan dengan pendidikan asas mengenai kebersihan untuk memastikan mereka memahami kepentingan aspek itu terutama kemungkinan berhadapan risiko jangkitan penyakit kerana golongan itu masih lemah dan segi sistem imunisasi.

Kebiasaannya, penyakit mudah berjangkit menerusi tangan yang kotor dan tidak dibersihkan dengan cara yang betul dan pelbagai faktor lain.

Justeru, bagi mewujudkan persekitaran sihat dalam kalangan kanak-kanak, KPJ Ampang Puteri yang sinonim dengan mottonya iaitu Care For Life mengambil inisiatif menganjurkan program kebersihan tangan secara tutorial.

Penganjuran program mi yang diadakan, di Pusat Anak Permata Negara (PAPN), Dengkil, Selangor baru-baru ni, bertepatan dengan status pusat berkenaan yang menjadi anak angkat kepada KPJ Ampang Puteri.

Pengurus Pemasaran KPJ Ampang Puteri, Noor Affindi Abd Manan, berkata program yang dianjurkan bertujuan memberi didikan awal kepada kanak-kanak berusia antara setahun hingga empat tahun bagi memahami penjagaan kesihatan pada peringkat asas.

Katanya, apabila mereka didedahkan dengan cara yang betul, secara tidak langsung ia akan mengajar anak-anak untuk membudayakan penjagaan kebersihan di mana saja mereka berada.

Malah, kami di KPJ Ampang Puteri juga menggalakkan kehadiran ibu bapa dalam sebarang program dianjurkan.supaya mereka turut berpeluang mengetahui cara lebih tepat bagaimana membersihkan keseluruhan tangan menerusi tujuh Iangkah yang dinyatakan, katanya ketika ditemui, baru-baru Pada program itu, kanak-kanak kecil diajar cara membersih tangan dengan tujuh langkah yang tepat yang turut ditemani ibu bapa mereka.

Noor Affindi berkata, pihaknya berharap masyarakat tidak menganggap KPJ Ampang Puteri hanya sebuah hospital yang hanya merawat pesakit, tetapi turut menjalankan tanggungjawab sosial dengan mengadakan pelbagai program seumpama itu.

Ini secara tidak langsung dapat mendekatkan kami dengan masyarakat memandangkan sambutan yang diterima setiap kali program diadakan sangat memberangsangkan.

Malah, kami akan pastikan setiap bulan ada program untuk mereka," katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada penaja, Dettol kerana membekalkan pencuci tangan selama setahun kepada pusat permata berkenaan.

Bulan ni, katanya, KPJ Ampang Puteri mengadakan asas pemeriksaan perubatan seperti pemeriksaan indeks jisim badan (BMI) dan obesiti selain program kesedaran kesihatan untuk ibu bapa.

Sementara itu, seorang bapa, Wan Mohd Yusri Mohd Yusof, 32, berkata program yang dianjurkan oleh KPJ Ampang Puteri ni bagus kerana sekurang-kurangnya ia dapat mendidik anaknya yang masih kecil mengenali dan memahami mengenai cara menjaga kebersihan yang betul.

Pendidikan yang mereka dapat di sini berbeza dengan di rumah. Saya berharap semua kanak-kanak akan mempelajari sesuatu yang ber-guna untuk mereka,’ katanya.

Seri Nurul Midza Azhar, 30, yang turut menghantar anaknya di pusat berkenaan gembira kerana pusat itu menyediakan banyak aktiviti untuk pengembangan minda anaknya yang berusia dua tahun bagi menambah pengetahuan selain di nurseri.



BACK