
KUALA LUMPUR, Rabu - Kerjasama dalam sektor penjagaan kesihatan dengan Malaysia boleh membawa faedah amat besar kepada negara-negara Arab memandangkan mereka kini berhasrat untuk mencontohi sistem pengurusan penjagaan kesihatan Malaysia.
Semasa lawatan ke Hospital Tawakkal dengan Kumpulan Perubatan Johor Bhd (KPJ) di sini. hari ini, Liga Arab yang diketuai oleh Mohammed Al-Rabea.
Setiausaha Agung Council of Arab Economic Unity mengketengahkan dan membincangkan bahagian berpotensi yang mereka boleh manfaatkan daripada kepakaran Malaysia dalam sektor penjagaan kesihatan.
"Kami berada di sini untuk belajar mengenai sistem pengurusan dan perubatan Malaysia dalam sektor penjagaan kesihatan yang boleh dieksport balik ke dunia Arab.
"KPJ adalah penyedia penjagaan kesihatan swasta utama Malaysia dan kami percaya dengan pengalamannya, ia boleh meminjamkan kepada kami kepakaran dalam melaksanakan sistem penjagaan kesihatan di negara kami," katanya kepada pemberita selepas kunjungan ke hospital itu.
Bagaimanapun, beliau berkata sebelum sebarang perjanjian konkrit boleh dimuktamadkan, penyelidikan pasaran perlu dijalankan bagi menentukan bahagian berpotensi yang boleh dimanfaatkan KPJ di Dunia Arab.
Sebagai contoh, di Yaman sahaja, orang tempatan membelanjakan lebih US$1.5 bilion dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan dari negara-negara lain, kata Mohammed Al-Rabea.
"Ini hanya satu negara dan dunia Arab sekiranya kami gabungkan semua negara, akan terdapat peluang berbilion dolar yang boleh dimanfaatkan oleh KPJ,’ katanya.
Bagaimanapun, beliau yakin KPJ mempunyai kedudukan kukuh dan kapasiti untuk meningkatkan sektor penjagaan kesihatan di negara-negara Arab ke tahap yang lebih tinggi yang boleh mengurangkan ketirisan tahunan daripada sektor itu.
"Saya percaya mereka berupaya mernbawakan sektor itu ke tahap yang berbeza kerana mereka sekarang merupakan sebuah organisasi eanggih dengan kepakaran dan strategi pengembangan yang terancang," katanya. - Bernama
|