
BAGI merealisasikan harapan semua lapisan masyarakat untuk melihat Upin & Ipin The Musical berjaya dipentaskan, KPJ Healthcare Berhad tampil sebagai penaja utama pementasan paling lama di negara ini, yang akan berlangsung dan 14 April hingga 6 Mei.
KPJ Healthcare Berhad yang mempunyai lebih 20 rangkaian hospital di seluruh negara, selain dua di Indonesia muncul syarikat korporat pertama sudi menjalankan tanggungjawab sosial (CSR) melalui penajaan jutaan ringgit bagi muzikal itu. - Pengarah Urusannya, Datin Paduka Siti Sa’adiah Sheikh Bakir, berkata inilah julung kalinya KPJ Helathcare Berhad yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia perubatan membabitkan din dalam tajaan pementasan teater.
Beliau berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan Les’ Copaque Production Sdn Bhd kerana ingin mendedahkan kepada generasi muda perihal pentingnya gaya hidup sihat dan memperkenalkan khidmat perubatan pencegahan kepada komuniti melalui saluran seni.
"Selepas ini, kita akan adakan siri jelajah ke semua rangkaian KPJ bersama Upin dan Ipin. Ia sebahagian usaha kami untuk menceniakan hati kanak-kanak kerana seperti yang diketahui, siri animasi itu sudah lama berjaya menambat hati golongan kecil.
"Kontrak bersama Les’ Copaque itu akan tamat akhir tahun ini dan kita berasa bangga dapat bekerjasama dengan syarikat animasi ini dengan menjadi penaja utama," katanya ketika ditemui pada majlis pratonton dan memperkenalkan penaja utama teater terbabit, di ibu kota, semalam.
Hadir sama, penerbit Upin dan Ipin The Musical, Burhanuddin Md Radzi; Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz dan Ketua Pengarah Istana Budaya Datuk Mohammed Juhari Shaarani.
Pada majlis berkenaan, seramai 55 pelakon pelbagai usia, bangsa dan latar belakang, menonjolkan bakat mereka ketika mempersembahkan sebahagian babak daripada pementasan teater itu, yang nyata berjaya mencuit hati hadirin.
|