KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

Hospital Rakan Bayi

KPJ Johor Specialist Hospital (JSH) menjadi hospital swasta kelapan di negara ini menerima pengiktirafan Hospital Rakan Bayi.

07-09-2012

Johor Bahru: KPJ Johor Specialist Hospital (JSH) menjadi hospital swasta kelapan di negara ini menerima pengiktirafan Hospital Rakan Bayi. Ia hasil kesungguhan pusat perubatan itu melaksanakan program galakan ibu menyusukan penyusuan bayi sebaik bersalin.
Hospital Rakan Bayi adalah program sedunia yang dilancarkan sejak 1992, bagi  menggalakkan semua hospital dan pusat bersalin mengamalkan penyusuan bayi sepenuhnya dengan melatih kakitangan mempraktikkan polisi terbabit kepada golongan ibu. Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Datin Paduka Siti Sa'adiah Sheikh Bakir, berkata pelaksanaan program terbabit membantu ibu menyusukan bayi ketika berada di hospital sebelum meneruskan amalan itu apabila kembali ke rumah. "Hospital Rakan Bayi ini adalah satu program antarabangsa yang dilancarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan mendapat sokongan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (UNICEF) sejak 1992."Kerajaan melakukan pelbagai strategi membantu ibu faham mengenai penyusuan. Dasar Penyusuan Susu Ibu Malaysia yang diperkenalkan sejak 1993 adalah
usaha menggalakkan ibu menyusukan bayi mereka hingga enam bulan dan diteruskan sehingga anak mencapai dua tahun,"
katanya. Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian plak Hospital Rakan Bayi disempurnakan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Khairi Yakub, yang hadir memeriahkan jamuan Merdeka Raya, di sini, kelmarin. Hadir sama, Bendahari
Kehormat Persatuan Kanak-kanak Spastik Johor, Mohd Daruis Zainuddin. Pengiktirafan itu diberikan Kementerian Kesihatan bermula 5 April lalu hasil kejayaan hospital berkenaan melaksanakan 10 langkah ke arah penyusuan ibu
kepada pesakitnya. Siti Sa'adiah berkata, selaras pelaksanaan program terbabit di hospital terbabit, pihaknya berharap membantu wanita bekerjaya melaksanakan penyusuan bayi secara eksklusif dan memberi pemakanan terbaik untuk bayi mereka.



BACK