JOHOR BAHARU Hospital Pakar Puteri Johor, salah satu unit dari kumpulan KPJ Healthcare Bhd. (KPJ), sedang membina bangunan tambahan enam tingkat berharga RM23 juta bagi memberi keselesaan kepada pesakit yang menerima rawatan di hospital tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif nya, Khairun Ahmad berkata, bangunan tambahan berhampiran bangunan sedia ada di Jalan Tun Abdul Razak di sini akan menempatkan unit farmasi, unit fisioterapi, unit dialisis dan bilik bedah yang sebelum ini berada di ruangan lobi bangunan lama. "Pembinaan bangunan tambahan enam tingkat ini Khairun menerangkan, bangunan sedia ada pada masa ini hanya mampu memuatkan sebanyak 158 katil.
"Pembinaan bangunan tambahan enam tingkat ini telah dimulakan pada awal Ogos lalu dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2014."Selain itu, bangunan baharu ini dijangka memuatkan 40 katil tambahan bagi menampung keperluan yang mendesak pada masa kini,"katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka hospital itu di sini semalam.
Hospital Pakar Puteri merupakan satu daripada tiga buah hospital pakar di bawah KPJ di Johor, selain itu dua buah lagi hospital baharu yang dijangka siap akhir tahun ini ialah di Muar dan Pasir Gudang.
|