Rumah terbuka Hospital Pakar Puteri Johor meriah. Hospital Pakar Puteri Johor baru-baru ini meraikan 500 kakitangan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri pusat perubatan itu. Turut diraikan ialah 30 penghuni daripada Persatuan Orang Pekak Johor Bahru dan Persatuan Spastik. Menurut Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Datin Paduka Siti Saadiah Sheikh Bakir. Pihaknya berharap majlis yang dianjurkan itu dapat dijadikan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
|