Hospital Pakar Puteri Johor Bahru meraikan kira-kira 500 kakitangan termasuk lebih 200 jemputan dalam Majlis Rumah Terbuka di pekarangan tempat letak kereta hospital tersebut, baru-baru ini.
Turut diraikan ialah 30 kanak-kanak daripada Persatuan Orang Pekak Johor Bahru dan Persatuan Spastik yang kelihatan ceria sepanjang program berlansung. Bagi memeriahkan majlis tersebut kanak-kanak tersebut turut menerima duit raya RM50 seorang.
Menurut Pengarah urusan KPJ Healthcare Berhad, Datin Siti Saadiah Sheikh Bakir, pihaknya berharap majlis seumpama itu dapat dijadikan platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan hospital dengan pihak luar.
|