Hospital Pakar Bandar Dato’Onn, Hospital Pakar Perlis dan Hospital Pakar Muar. Meyakini potensi pelanggan di daerah Iskandar Malaysia, Siti Sa’adiah mengakui bahawa KPJ bakal membuat pelaburan besar dengan membina hospital di situ yang dilengkapi perkhidmatan dan kemudahan paling moden dan terbaik di rantau ini. Mereka juga menyasarkan pendapatan kumpulan sebanyak RM3.0 bilion dalam tempoh sekurang-kurangnya lima tahun lagi. Selain hospital, KPJ bakal meluaskan rangkaian kumpulan mereka dengan menceburi bidang yang masih lagi hijau di negara ini iaitu penjagaan warga emas atau hospis. Bagi mencapai hasrat itu, KPJ telah menjadi pemegang saham utama sebuah resort persaraan dan penjagaan warga emas, Jeta Garden di Brisbane Australia dan giat berusaha mengkaji konsep dan prosedur rumah penjagaan itu untuk dibawa ke Malaysia. INSPIRASI JIHAD Kejayaan demi kejayaan bagaimanapun tidak melekakan KPJ daripada membantu kebajikan anggota masyarakat yang memerlukan. Yakin dengan konsep perniagaan inspirasi jihad, KPJ mula menyumbang kepada masyarakat melalui Klinik Waqaf An-Nur Jcorp (KWAN) yang ditubuhkan sejak tahun 1998. Ia mempunyai 17 klinik kebajikan dan pusat dialysis di seluruh Malaysia dan sebuah hospital kebajikan iaitu Hospital Waqaf Pasir Gudang yang bertujuan memastikan golongan itu berpeluang menerima keperluan perubatan asas sekaligus menyokong pembinaan modal insan yang produktif.
|