
Ipoh: Ketika kali pertama dipertemukan dengan pihak media sebulan lalu, Aleesya Am alia Norhaid, 3, kurang memberi reaksi berikutan masalah pendengaran dan per tuturan.
Namun pada pertemuan kedua semalam, kanakkanak itu menunjukkan perubahan ketara dan memberi tindak balas memberangsangkan selepas menjalani pembedahan implan koklear walaupun pendengarannya mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya.
Pembedahan itu dijayakan hasil ban tuan pelbagai pihak yang bermurah hati menyumbang selepas kisahnya tersiar di media termasuk BH. Doktor memaklum kan melalui tumpuan dan rawatan kon sisten, Aleesya dijangka sembuh sepenuh nya dalam tempoh enam bulan.
Kumpul RM80,000
Ibunya, Nor Aainy Kamal Bashah, 33, yang terharu dengan keprihatinan rakyat se hingga kos pembedahan anaknya itu yang mencecah RM80,000 beijaya dikumpul da lam masa singkat, berkata walaupun pem bedahan Ogos lalu hanya pada telinga kiri, anaknya boleh kembali mendengar dan memberi reaksi termasuk bertutur.
"RM67,000 daripada kos pembedahan di salurkan Tabung Bantuan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), selebihnya dari Hospital Pakar Ipoh (KPJ ISH) serta orang ramai. Ada yang datang ke rumah memberi sumbangan dan melawat anak saya sepanjang tempoh rawatan dan sebelum pembedahan," katanya. |