
PETALING JAYA, Sabtu — Pusat penjagaan mata KPJ Healthcare Bhd, Centre for Sight (CFS), hari ini melak sanakan inisiatif tanggung jawab sosial korporatnya den gan memberikan pembedahan katarak percuma kepada 50 pesakit yang kurang bernasib baik dan tua.
Pembiayaan pembedahan yang akan dijalankan pada bulan Oktober ini, akan terma suk ubat serta rawatan susulan. Pengarah eksekutif CFS Datin Sabariah Fauziah Jam aluddin berkata inisiatif itu adalah satu usaha sama den gan Kelab Lion Kuala Lum pur Bukit Kiara dan Yayasan CIMB.
"Jumlah kos program ini adalah kirakira RM175,000," kata beliau kepada Bernama selepas majlis sambutan Hari Penglihatan Dunia ke6 CFS di sini.
Sabariah Fauziah juga meru pakan Pengurus Besar Kanan Modal Insan KPJ.
Sementara itu, Pengarah Perubatan CFS Dr Choong Yean Yaw berkata CFS akan membuka cawangan ketiganya di Kuala Lumpur di bangunan lama Hospital Pakar Tawakkal pada awal 2013.
Akan memulakan operasi pada Februari 2013, pusat pen jagaan mata itu telah melabur kan RM10 juta untuk cawan gan itu termasuk untuk pera latan.
Ditubuhkan pada 2004, CFS adalah pusat pakar mata persendirian sebelum dibeli oleh KPJ pada 2011. KPJ kini memiliki pegan gan 80 peratus dalam CFS dan merancang pemilikanpenuh menjelang akhir tahun. Bernama |