KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

Program sarjana bedah kepala,leher di KPJUC

Kolej Universiti KPJ Healthcare (KPJUC) muncul institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) pertama di Malaysia me­nawarkan program sarjana Otorinolaringologi

09-11-2012

Putrajaya: Kolej Universiti KPJ Healthcare
(KPJUC) muncul institusi pengajian tinggi
swasta (IPTS) pertama di Malaysia me­
nawarkan program sarjana Otorinola­
ringologi atau pembedahan kepala dan
leher.

Ia adalah program pakar perubatan
yang pertama ditawarkan KPJUC, yang
sebelum ini dikenali sebagai Kolej Uni­
versiti Antarabangsa Kejururawatan dan
Sains Kesihatan KPJ.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri
Mohamed Khaled Nordin, berkata trans­
formasi itu dapat membantu kerajaan me­
ningkatkan bilangan pakar dalam bidang
sains perubatan dan kesihatan di negara
ini pada masa depan.

Katanya, sehingga kini hanya lima IPTA,
termasuk Universiti Sains Malaysia (USM),
Universiti Malaya (UM) dan Universiti Ke­
bangsaan Malaysia (UKM) memiliki kepa­
karan dan tenaga pengajar mencukupi
untuk mengendalikan kursus peringkat
sarjana atau doktor falsafah.







BACK