![]()
PUTRAJAYA 8 Nov. Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) perlu membudayakan penawa ran biasiswa sebagai kaedah bersaing dengan Institusi Pe ngajian Tinggi Awam (IPTA) un tuk menarik kemasukan pelajar terbaik.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Serf Mohamed Khaled Nordin berkata, penawaran le bih banyak biasiswa oleh IPTS juga dapat mengubah trend se masa yang menyaksi kebanya kan pelajar terbaik menjadikan IPTA sebagai pilihan pertama.
"Kita mahu IPTS membuda yakan pemberian biasiswa wa laupun tanpa diminta berbuat demikian oleh Kementerian Pe ngajian Tinggi.
"Sesebuah institusi mempu nyai pelajar yang bagus boleh membina reputasi yang baik, biasiswa merupakan cara untuk nienarik kemasukan pelajar ter baik selain membantu pelajar yang kurang mampu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian se lepas melancarkan nama baru Kolej Universiti KPJ Healthcare (KPJUC) yang menggantikan nama lamanya, Kolej Universiti Antarabangsa Kejururawatan dan Sains Kesihatan KPJ.
Dalam majlis yang sama, KP JUC telah mengumumkan pe nawaran Sarjana Pembedahan Kepala dan Tekak iaitu kursus tahap pakar perubatan pertama yang ditawarkan IPTS.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled turut menyaksikan pe lancaran Dana Wakaf KPJ se bagai cara pembiayaan pendi dikan yang dituntut dalam Is lam.
Mohamed Khaled berkata, penawaran kursus pengajian di tahap pakar xileh KPJUC dapat membantu memenuhi permin taan untuk doktordoktor pakar di negara ini.
"Keunikan KPJUC adalah mempunyai rangkaian dengan 22 hospital yang dimiliki KPJ Healthcare Berhad, hospi talhospital ini boleh diguna kan sebagai hospital penga jar.
"Buat masa ini kita hanya mempunyai tiga buah hospital pengajar di bawah Universiti Malaya, Universiti Sains Mala ysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia, hanya institusi yang mempunyai hospital pengajar mampu menawar program pe ringkat pakar," katanya.
Selain Sarjana Pembedahan Kepala dan Tekak yang telah diluluskan Kementerian Penga jian Tinggi, KPJUC turut me nyerahkan permohonan untuk menawar pengajian Sarjana Ra diologi, Sarjana Pediatrik dan SarjanaOrtopedik. |