KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

Beli ekuiti Vejthani

KPJ Healthcare Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya,Kumpulan Perubatan (Johor) Sdn Bhd, bercadang membeli 23.37 peratus ekuiti Vejthanipel Thailand bernilai RM60.52

24-11-2012

KPJ Healthcare Bhd menerusi
anak syarikat milik penuhnya,
Kumpulan Perubatan (Johor)
Sdn Bhd, bercadang membeli
23.37 peratus ekuiti Vejthani
pel Thailand bernilai RM60.52
juta.


Dalam kenyataan kepada
Bursa Malaysia semalam, KPJ
berkata, ekuiti itu dibeli
daripada Aureos South­East
Asia Fund LLC dan GSB
Private Funds.


Katanya, pengambilalihan
Vejthani yang mengendalikan
Vejthani Hospital, iaitu
hospital persendirian di
Bangkok, dijangka siap dalam
suku kedua tahun depan.

Pengambilalihan itu akan
dibiayai oleh pinjaman luar
(90 peratus) dan dana
dalaman (10 peratus),
katanya.







BACK