KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

Unit KPJ Healthcare beli 23.37 peratus

Syarikat milik penuh KPJ Healthcare Bhd, Kumpulan Perubatan(Johor) Sdn Bhd, bercadang membeli 23.37 peratus kepentingan dalam Vejthani pcl Thailand

25-11-2012

Syarikat milik penuh KPJ Healthcare Bhd, Kumpulan Perubatan (Johor) Sdn Bhd, bercadang membeli 23.37 peratus kepentingan dalam Vejthani pcl Thailand daripada Aureos SouthEast Asia Fund LLC dan GSB Private Funds dengan nilai RM60.52 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia kelmarin, KPJ berkata pengambilalihan Vejthani yang mengendalikan Vejthani Hospital, iaituhospital persendirian di Bangkok, dijangka siap dalam suku kedua tahun depan.

Pengambilalihan itu akan dibiayai oleh pinjaman luar (90 peratus) dan dana dalaman (10 peratus), katanya.

KPJ berkata ia yakin dengan prospek Vejthani, dirangsang oleh pengalaman KPJ dalam menguruskan dua hospital di Jakarta danperkampunganpersaraandi Brisbane, Australia. 

 "Reputasi Vejthani untuk ortopedik khususnya akan menjadi kelebihan daya saing untuk KPJ dalam industri penjagaan kesihatan di Asia Tenggara,"katanya. — Bernama







BACK