
NUSAJAYA 28 Nov, Themed Attractions and Resorts Sdn. Bhd. (TAR) menjalin kerjasama dengan lapan syarikat beririlai RMIO juta dalam usaha mempromosi Taman Tema Keluarga Puteri Harbour.
Lapan syarikat tersebut ialah Astro, RHB bank, Coca Cola, Panasonic, Canon, Pell, Mini Melts dan KPJ Healthcare.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TAR, Datuk Tunku Ahmad Burhanuddin Tunku Adnan berkata, kerjasama dengan lapan syarikat tersebut adalah bagi tempoh tiga hingga lima tahun.
Pada masa yang sama, katanya,syarikat yang terlibat juga dapat mempamerkan jenama mereka selain boleh turut serta dalam ak tivitiaktiviti yang diadakan di taman tema tersebut dan mewujud kan situasi menangmenang."Sebagai contoh, peluang mera kam gambar pengunjung semasa persembahan Hello Kitty atau Barney kita jalinkan dengan kerjasama Canon," katanya pada sidang akhbar selepas mengiimumkan Kerja sama tersebut di sini hari ini.
Taman Tema Keluarga PuteriHarbour yang dibina dengan keluasan 80,000 kaki persegi itu menempatkan Sanrio Hello Kitty Town,yang pertama seumpamanya di bina di luar Jepun selain menempatkan restoran Lat's Place.
Bangunan setinggi empat tingkat itu juga menyediakan pengalaman unik dengan menampilkan tarikan karakter kanakkanak tempatan dan global seperti Lat's Kampung Boy dan karakter The Little Big Club antaranya Pingu, Bob The Builder dan Barney.
Dalam pada itu, Tunku Ahmad memberitahu, taman tema tersebut kini sudah menerima lebih 35,000 pengunjung sejak ia dibuka pada 26 Oktober lalu dan dijangka dibanjiri lebih ramai pengunjung terutama pada musim cuti sekolah ini.
Selain itu, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal merasmikan Taman Tema Keluarga Puteri Harbour itu pada 6 Disember ini. |