KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

KPJ Healthcare beli saham Hospital Vejthani

KPJ Healthcare Bhd me­ngukuhkan lagi kehadirannya dalam sektor penjagaan kesihatan di Asia Tenggara­

30-11-2012

Johor Bahru: KPJ Healthcare Bhd me­
ngukuhkan lagi kehadirannya dalam sek­
tor penjagaan kesihatan di Asia Tenggara
dengan pembelian 23 peratus saham Hos­
pital Vejthani, sebuah hospital swasta
Thailand pada harga RM63 juta.

Pengerusinya, Kamaruzzaman Abu Kas­
sim, berkata pengambilalihan ekuiti akan
dilunaskan menerusi dana dalaman dan
urus niaga itu dijangka meningkatkan nis­
bah hutang berbanding ekuiti syarikat
sebanyak enam peratus menjelang suku
kedua tahun depan.

Katanya, langkah itu adalah antara usa­
ha mengembangkan pelancongan peru­
batan KPJ yang dibuat secara berterusan.
Kumpulan berkenaan katanya, menya­
sar sumbangan pendapatan segmen itu
meningkat kepada 25 peratus menjelang
2020.

"Pengambilalihan kepentingan dalam
Vejthani Hospital di Bangkok itu akan
mengembangkan lagi jangkauan KPJ da­
lam lingkungan pasaran penjagaan ke­
sihatan di ASEAN.

"Vejthani yang juga penyedia penjagaan
kesihatan persendirian pelbagai khusus
dengan kapasiti 500 katil itu terkenal ke­
rana kepakarannya dalam rawatan orto­
pedik," katanya.



BACK