KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

JCorp ubah struktur pengurusan 6 syarikat

Johor Corporation (JCorp) mengumumkan perubahan struktur pengurusan tertinggi enam syarikat yang dikuasainya bagi memantapkan prestasi perniagaan serta pengurusan sistem tadbir urusnya.

05-12-2012

Johor Corporation (JCorp) mengumumkan
perubahan struktur pengurusan tertinggi
enam syarikat yang dikuasainya
bagi memantapkan prestasi perniagaan
serta pengurusan sistem
tadbir urusnya.

Syarikat itu ialah Kulim (Malaysia)
Bhd; KPJ Healthcare Bhd;
QSR Brands Bhd/KFC Holdings
(Malaysia) Bhd (KFCH); Damansara
Realty Bhd; Johor Land Bhd
serta Damansara Assets Sdn
Bhd.

Presiden dan Ketua Eksekutif
JCorp, Kamaruzzaman Abu Kassim
dalam kenyataarmya semalam
berkata, perubahan itu menyaksikan
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai
Operasi KPJ,Amiruddin Abdul Satar
dilantik sebagai Pengarah Urusan dan Ketua
Eksekutif KPJ Healthcare yang baru berkuat
kuasa l Januari 2013.

Beliau akan menggantikan Datin
Paduka Siti Sa'diah Shikh Bakir
yang akan tamat kontraknya
pada 31 Disember ini.

Penasihat Korporat

Siti Sa'diah pula akan dilantik
sebagai Ahli Bukan Eksekutif dalam
Lembaga Pengarah syarikat
pengendali hospital itu. Beliau
yang menjadi Pengarah Urusan
KPJ Healthcare sejak 1994 turut
dilantik sebagai Penasihat Korporat
syarikat itu dan ProCanselor
KPJ Healthcare University
College berkuat kuasa 1 Januari
depan.

Kamaruzzaman turut mengumumkan
pelantikan Datuk Ahmad
Zaki Zahid, 42, sebagai Pengarah
Urusan QSR Brands/KFCH yang baru berkuat
kuasa semalam. Beliau juga dilantik sebagai
Pengarah Urusan Massive Equity Sdn Bhd.

Ahmad Zaki menggantikan Jamaludin
Md Ali yang dilantik sebagai
Pengarah Bukan Bebas Bukan
Eksekutif QSR/KFCH selain
turut menyandang jawatan Pengarah
Eksekutif Kulim.

Ahmad Zaki akan melepaskan
jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif
Kulim, Pengarah Urusan
Damansara Realty dan Pengarah
Urusan Damansara Assets serta
Timbalan Pengerusi Johor Land.
Namun, beliau kekal sebagai Pengarah
Bukan Eksekutif di ketigatiga
syarikat itu.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif
Damansara REIT Managers
Sdn Bhd, Yusaini Sidek dilantik
sebagai Pengarah Eksekutif
Damansara Assets berkuat kuasa
semalam.

Kamaruzzaman berkata, perubahan
struktur pengurusan itu
adalah satu proses yang perlu
dilaksanakan dari semasa ke semasa
mengikut keperluan sesebuah
organisasi yang antara lain
bertujuan memantapkan lagi
prestasi perniagaan sedia ada menerusi
penggabungan pengalaman
pengurusan dan kepakaran
dalam sistem tadbir urus.

Mengenai pelantikan Amirudin
sebagai peneraju KPJ Healthcare
yang baru, katanya beliau antara
pegawai yang bertanggungjawab
dalam urusan operasi, kewangan,
perancangan strategic serta keputusan
dalam pelaburan sehingga
membawa kepada kejayaan
dalam prestasi perniagaan syarikat
itu keseluruhannya.


 



BACK