KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

JCorp ubah struktur pengurusan 6 syarikat

Johor Corporation (JCorp) mengumumkan perubahan struktur pengurusan tertinggi enam syarikat yang dikuasainya bagi memantapkan prestasi perniagaan serta pengurusan sistem tadbir urusnya.

06-12-2012

Johor Corporation (JCorp) mengumumkan perubahan struktur pengurusan tertinggi enam syarikat yang dikuasainya bagi memantapkan prestasi perniagaan serta pengurusan sistem tadbir urusnya.

Syarikat itu ialah Kulim (Malaysia) Bhd; KPJ Healthcare Bhd; QSR Brands Bhd/KFC Holdings (Malaysia) Bhd (KFCH); Damansara Realty Bhd; Johor Land Bhd serta Damansara Assets Sdn Bhd.

Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Kamaruzzaman Abu Kassim dalam kenyataarmya semalam berkata, perubahan itu menyaksikan Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai  Operasi KPJ,Amiruddin Abdul Satar dilantik sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif KPJ Healthcare yang baru berkuat kuasa l Januari 2013.

Beliau akan menggantikan Datin Paduka Siti Sa'diah Shikh Bakir yang akan tamat kontraknya pada 31 Disember ini.

Penasihat Korporat

Siti Sa'diah pula akan dilantik sebagai Ahli Bukan Eksekutif dalam Lembaga Pengarah syarikat pengendali hospital itu. Beliau yang menjadi Pengarah Urusan
KPJ Healthcare sejak 1994 turut dilantik sebagai Penasihat Korporat syarikat itu dan ProCanselor KPJ Healthcare University College berkuat kuasa 1 Januari depan.

Kamaruzzaman turut mengumumkan pelantikan Datuk Ahmad Zaki Zahid, 42, sebagai Pengarah Urusan QSR Brands/ KFCH yang baru berkuat kuasa semalam. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Urusan Massive Equity Sdn Bhd.

Ahmad Zaki menggantikan Jamaludin Md Ali yang dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif QSR/KFCH selain turut menyandang jawatan Pengarah Eksekutif Kulim.

Ahmad Zaki akan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif Kulim, Pengarah Urusan Damansara Realty dan Pengarah Urusan Damansara Assets serta Timbalan Pengerusi Johor Land. Namun, beliau kekal sebagai Pengarah Bukan Eksekutif di ketigatiga syarikat itu.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Damansara REIT Managers Sdn Bhd, Yusaini Sidek dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Damansara Assets berkuat kuasa semalam.

Kamaruzzaman berkata, perubahan struktur pengurusan itu adalah satu proses yang perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan sesebuah
organisasi yang antara lain bertujuan memantapkan lagi prestasi perniagaan sedia ada menerusi penggabungan pengalaman pengurusan dan kepakaran dalam sistem tadbir urus. Mengenai pelantikan Amirudin sebagai peneraju KPJ Healthcare
yang baru, katanya beliau antara pegawai yang bertanggungjawab dalam urusan operasi, kewangan, perancangan strategic serta keputusan dalam pelaburan sehingga membawa kepada kejayaan dalam prestasi perniagaan syarikat itu keseluruhannya.







BACK