KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

JCorp umum perubahan struktur pengurusan

Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi KPJ Healthcare Bcrhad (KPJ) Amiruddin Abdul Satar dilantik sebagai Pengarah Urusan

10-12-2012

JOHOR BAHARU, Ahad— Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi KPJ Healthcare Berhad (KPJ) Amiruddin Abdul Satar dilantik sebagai Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif KPJ yang baru, mulai 1 Jan depan,demikian menurut Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Kamaruzzaman
Abu Kassim.

Kamaruzzaman berkata Amiruddin, 47, yang memegang pelbagai jawatan kanan dalam tempoh 15 tahun termasukPengurus Besar dan dilantik
sebagai pengarah beberapa hospital dalam Kumpulan KPJ itu menggantikan Datin Paduka Siti Sa'diali Shikli Bakir yang tamat kontraknya pada 31 Dis ini.

"Beliau (Amiruddin) juga antara pegawai yang bertanggungjawab dalam urusan operasi, kewangan, perancangan strategik serta keputusan dalam pelaburan sehingga membawa kepada kejayaan dalam prestasi pcrniagaan KPJ keseluruhannya," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau berkata Datuk Ahmad Zaki Zahid, 42, pula dilantik sebagai Pengarah Urusan QSR Brands Bhd (QSR)/ KFC Holdings (Malaysia) Bhd (KFCH) yang baru, berkuat
kuasa hari ini bagi menggantikan Jamaludin Md Ali yang kini dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif QSR/ KFCH selain turut menyandang
jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Kulim Bcrhad.

Katanya, Ahmad Zaki yangjuga dilantik sebagai Pengarah Urusan Massive Equity Sdn Bhd, dalam masa yangsama, melepaskan jawatamiya sebagai Pengarah Eksekutif Kulim, Pengarah Urusan Damansara Realty Berhad (DBhd) dan Pengarah Urusan Damansara Assets Sdn Bhd (DASB) serta Timbalan Pengerusi Johor Land Bcrhad (JLand).

Namun begitu, beliau kckal sebagai Pengarah Bukan Eksekutif bagi syarikat DBhd, DASB dan JLand tersebut, katanya.

Menurut Kamaruzzaman, pada masa yang sama,Pengarah Eksekutif Damansara REIT Managers Sdn Bhd, Yusaini Sidck turut dilantik sebagai Pengarah Eksekutif DASB berkuatkuasa hari ini.

 "Perubahan struktur pengurusan tcrtinggi cnam syarikat dalam kumpulan Johor Corporation (JCorp) adalah satu proses yang perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan sesebuah organisasi.

"Ia bertujuan memantapkan lagi prestasi perniagaan sedia ada dcngan penggabungan pengalaman pengurusan dan kepakaran dalam sistcm tadbir urusnya," kata beliau.

Kamaruzzaman berkata pengumuman ke Bursa Malaysia bagi perubahan tersebut telah dilaksanakan mengikut peraturan peraturan yang ditetapkan. — Bernama







BACK