45 ibu gembira sambut bayi 12.12.12 |
Detik 12.12.12 menjadi kegembiraan berganda kepada 45 ibu di seluruh negara |
13-12-2012 |
KUALA LUMPUR 12 Dis. Detik 12.12.12 menjadi kegembiraan berganda kepada 45 ibu di seluruh negara kerana bukan sahaja menerima cahaya mata malah bayi mereka dilahirkan pada tarikh unik serta bersejarah. Di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, seorang ibu muda tidak menyangka menyambut kelahiran anaknya bersama 16 bayi lagi di hospital itu pada pukul 2.25 pagi. Roziana Othman, 22, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor berkata, sebelum ini doktor memaklumkan anaknya akan dilahirkan pada 2 Januari tahun hadapan. "Saya sangat bersyukur dan gembira kerana dapat menyambut kelahiran anak sulung seberat 3.2 kilogram pada tarikh serta hari yang paling istimewa walaupun Kebahagiaan itu turut dikongsi pasangan Ding Weng Chuan, 33, dan Si Swee Chin, 37, yang dikurniakan cahaya mata kembar di Hospital Pakar KPJ Damansara, Selangor, dekat sini. Kembar istimewa itu lahir dengan perbezaan masa seminit iaitu bayi lelaki pertama seberat 2.7 kilogram dilahirkan pada pukul 10.30 pagi diikuti bayi perempuan seberat 2.81 kilogram pada pukul 10.31 pagi. Di PERAK, enam bayi dilahirkan termasuk cahaya mata pasanganguru, Mohd. Hafiz Mohd. Mazni, 30, dan isteri, Fadzilah Yasin, 30, yang dikurniakan puteri sulung seberat 2.6 kilogram (kg). Menurut Fadzilah, kelahiran anak mereka yang diberi nama Nurul Iman itu merupakan kegembiraan berganda buat keluarganya memandangkan bayi itu merupakan cucu sulung dalam keluarganya. Di KEDAH, 10 pasangan turut menyambut kelahiran bayi sempena tarikh lahir yang unik itu. Malah tarikh itu pastinya menjadi lebih istimewa buat Siti Hajar Ibrahim, 28, yang melahirkan anaknya di dalam kereta dengan disambut ibu saudaranya yang turut sarat mengandung sembilan bulan. Menurut Siti Hajar, dia dijangka melahirkan anak pada pada 23 Disember ini. "Walaupun tidak sempat melahirkan anak di hospital, saya bersyukur kerana bayi saya lahir dengan selamat," katanya. Di PERLIS, sebanyak tujuh bayi dilahirkan termasuk cahaya mata kedua Noriah Yan, 33, yang berasal dari Kuala Perlis yang selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.8 kilogram pada pukul 12.59 pagi. Menurut Noriah, semua ahli keluarganya berkongsi kegembiraan menyambut kelahiran anaknya itu yang dilahirkan sehari lebih awal daripada jangkaan doktor. |