137 bayi kongsi tarikh unik |
Seorang ibu muda di Alor Setar melalui pengalaman manis berganda apabila bayi keduanya bukan saja lahirpada tarikh istimewa 12.12.12 |
13-12-2012 |
Kuala Lumpur: Seorang ibu muda di Alor Setar melalui pengalaman manis berganda apabila bayi keduanya bukan saja lahir pada tarikh istimewa 12.12.12, tetapi dilahirkan dalam kereta betulbetul di luar wad kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Difahamkan, Siti Hajar Ibrahim, 28, dari Kampung Madrasah, Kuala Kedah antara 10 ibu bertuah yang melahirkan bayi istimewa seberat 3.75 kilogram sempena tarikh keramat itu, kirakira jam 4.45 pagi di HSB, semalam. Anak Siti Hajar antara 137 bayi dilahirkan pada tarikh unik 12.12.12 di Kedah, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kuching, semalam. Siti Hajar ketika ditemui berkata beliau bersyukur melahirkan bayi pada tarikh itu walaupun doktor menjangka diaakan bersalin pada 23 Disember ini. Di Kuala Lumpur, sehingga jam 4 petang semalam, seramai 46 bayi masing masing 26 dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), 14 (Pusat Perubatan Gleneagles) dan enam Pusat Perubatan KPJ Damansara. Di Kota Kinabalu, seramai 26 bayi dilahirkan mengikut kaedah normal dan pembedahan di Hospital Wanita dan KanakKanak Sabah (HWKKS) sehingga Di Johor Bahru sehingga jam 6 petang semalam lima bayi dilahirkan di Hospital Pakar Johor. |