KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

'Kelahiran seribu makna'

Pasangan tidak pernah terfikir dapat anak kembar apatah lagi pada tarikh unik 12.12.12

13-12-2012


Sebagai menghargai kelahiran itu, pengurusan hospital menyampaikan hadiah kepada pasangan suami isteri terbabit selain lima ibu lain yang turut menerima
cahaya mata pada tarikh berkenaan.

Menurut Ding, sewaktu mendirikan rumah tangga pada 2009, mereka tidak pernah terfikir atau bercadang menimang anak kembar apa lagi memikirkan keduaduanya dilahirkan pada tarikh yang unik.

"Saya menganggap kelahiran anak kembar ini sebagai tuah dan mengharapkan rezeki kami sekeluarga bertambah baik selepas ini," katanya.

Kata Ding, lebih menggembirakan apabila kembar itu adalah seorang lelaki dan seorang perempuan seberat 2.7 kilogram dan 2.81 kilogram.

Menurutnya, kelahiran anak kedua dan ketiga dianggap sebagai penyeri keluarga
dan dia tidak sabar untuk membawa bayi berkenaan berjumpa anak sulungnya, Jerron yang berusia setahun setengah.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam dan Pemasaran hospital terbabit, Faizah Zaina Abidin berkata, enam bayi dilahirkan semalam antara jam 8.53 pagi sehingga 1.33 petang.

"Dijangkakan sehingga malam ini (malam tadi), tiga lagi bayi dilahirkan menjadikan
jumlah kelahiran sembilan bayi," katanya.



BACK