KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

KPJ latih doktor pakar

KPJ Healthcare University College (KPJUC) menjadi institusi pengajian tinggi swasta pertama diberi kelulusan

27-12-2012

KPJ Healthcare University College (KPJUC) menjadi institusi pengajian tinggi swasta pertama diberi kelulusan melaksanakan program latihan kepakaran perubatan kerana mempunyai doktor pakar dan hospital pengajar mencukupi.

Canselor KPJUC, Tan Sri Arshad Ayub, berkata pelajar berpeluang mendapat latihan daripada lebih 900 pakar perubatan pelbagai bidang di 22 rangkaian hospital KPJ.

Katanya, program pakar perubatan ditawarkan ketika ini ialah ijazah doktor perubatan (PhD) kejururawatan dan fisioterapi serta lima pengajian sarjana iaitu bidang otorinolaringologi (telinga, hidung dan tekak), teknologi farmaseutikal, pengimejan perubatan, fisioterapi dan kejururawatan.

Institusi itu adalah anak syarikat kumpulan penjagaan kesihatan dan perubatan swasta terbesar negara, KPJ Healthcare Bhd (KPJ).

Program baru

"Kekurangan doktor pakar dan hospital pengajar untuk penempatan latihan klinikal adalah kekangan utama bagi universiti menghasilkan pakar perubatan tetapi KPJUC memiliki kekuatan bagi keduadua faktor utama ini kerana bernaung di bawah KPJ.

"Lebih banyak program saijana dan PhD akan ditawarkan tahun depan bagi membantu usaha kerajaan melahirkan lebih ramai pakar perubatan.

"Selain itu, KPJUC akan melantik tokoh perubatan antarabangsa terkemuka untuk mengukuhkan pusat pengajian perubatan dan menerajui pusat penyelidikan," katanya dalam sidang media bersempena dengan Konvokesyen ke16 KPJUC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, baru baru ini.

Turut hadir sama, Pro Canselor KPJUC, Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir; Presiden KPJUC, Prof Datuk Dr Lokman Saim dan Naib Canselor KPJUC, Prof Dr Durrishah Idrus.

Anugerah dekan Seramai 1,129 graduan KPJUC menerima sijil, diploma dan ijazah masing masing bersempena dengan konvokesyen itu.

Seramai 51 pelajar dipilih menerima anugerah kecemerlangan pelajar bagi tiga kategori iaitu anugerah khas kepada tiga graduan, 10 penerima Anugerah Pencapaian Cemerlang serta 38 meraih Anugerah Senarai Dekan.

Pelajar terbaik keseluruhan dan Anugerah Presiden serta Ketua Eksekutif Johor Corporation diraih oleh Aryati Djamil.

Bertugas di Johor Dia berkata, pengalaman luas diperoleh menerusi latihan klinikal di lapan hospital KPJ seluruh negara sepanjang tiga tahun pengajian Diploma Pengimejan Perubatan memberi keyakinan beliau memulakan kerjaya di Hospital Pakar Johor.

Pelajar Diploma Pengimejan Perubatan itu juga memastikan tumpuan penuh semasa kuliah bagi memastikan kefahaman terhadap pengajian hingga beijaya meraih Purata Nilai Gred Keseluruhan 3.97.

"Saya memberi tumpuan penuh semasa kuliah dan hanya melakukan ulang kaji 15 minit bagi memantapkan pemahaman.

"Pendekatan ini memberi saya lebih banyak masa untuk menyiapkan tugasan dan menyertai aktiviti kokurikulum," katanya.

Dua lagi penerima Anugerah Khas ialah Sugaashini Muniandy yang meraih Anugerah Tun Dr Siti Hasmah sementara Nur Hidayah Mohamad Radi merangkul Anugerah Canselor.



BACK