KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

Sektor awam mesti sealiran

Sektor awam perlu memainkan peranan sama penting dengan sektor swasta bagi memastikan kejayaan kempen penjenamaan negara.

10-01-2013

Sektor awam perlu memainkan peranan sama penting dengan sektor swasta bagi memastikan kejayaan kempen penjenamaan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sektor awam perlu bergerak sealiran dengan perkembangan semasa serta sejajar permintaan pasaran.

"Dalam usaha memastikan sektor awam kita mencapai kecemerlangan dan melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan, ia perlu berasaskan pengetahuan dan kebijaksanaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup perbincangan ilmiah
The Razak Rountable bertemakan  'Mewujudkan Kuasa Jenama Untuk Negara dan Syarikat' di sini, semalam.

The Razak Roundtable yang julung kali diadakan itu dianjurkan bersama The Razak
School of Government, KPJ Healthcare Bhd dan University of Oxford.

Nilai prestasi negara

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, ketika prestasi syarikat diukur berdasarkan keuntungan yang dicatat, penilaian terhadap prestasi negara pula mungkin memerlukan lebih daripada jumlah Keluaran Negara Kasar dan tidak mengabaikan
tadbir urus.

Katanya, tadbir urus yang baik bukan hanya penting untuk menarik pelaburan, meningkatkan eksport negara dan menggalakkan pelancongan, tetapi yang lebih penting ialah melahirkan modal insan berkuahti.

"Apa yang lebih penting ialah kualiti tadbir urus yang diberikan kepada
rakyat mereka," katanya.

Lonjak tujuh anak tangga
Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, Malaysia mencatat prestasi cemerlang dengan melonjak tujuh anak tangga dalam Indeks Jenama Negara (CBI)
Future Brand pada November tahun lalu dengan menduduki tempat ke36 daripada
118 negara dan menduduki senarai tiga teratas dalam senarai jangkaan jenama negara kuasa besar untuk masa akan datang.

Beliau berkata, mengikut Future Brand, kedudukan Malaysia di tangga ketiga dalam
senarai '15 Masa hadapan' itu antara lain disebabkan kekuatan ekonomi, perubahan, tadbir urus, modal insan, pertumbuhan, kemampanan dan pengaruh
yang dimiliki.

"Laporan sama turut menegaskan bahawa dimensi kualiti kehidupan mewakili keupayaan  negara untuk menawarkan pekerjaan yang menguntungkan.

"Selain rumah mampu milik dan selesa, akses terhadap pelajaran yang berdaya
saing, penjagaan kesihatan mencukupi dan keselamatan untuk rakyat," katanya.



BACK