KPJUC lahir graduan berkualiti |
Bekal tenaga kerja terbaik industri kesihatan |
24-01-2013 |
Bermula dengan Kolej Kejururawatan pertama yang menawarkan Diploma Kejururawatan diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia dan perintis dalam program Sarjana OtorhinolaryngologyHead and Neck Surgery, KPJ Healthcare University Menyediakan program di bawah beberapa sekolah seperti School of Medicine, School of Pharmacy, School of Nursing, School of Health Sciences, School of Behavioural Science and Humanities dan School of Business and Management, KPJUC sentiasa memegang kepada misi untuk menjadi pendidikan cemerlang kepada pelajar kesihatan. KPJUC menawarkan 22 program bermula daripada asas kesihatan sehingga ke peringkat sarjana, termasuk pasca siswazah bagi melahirkan lebih ramai graduan KPJUC menawarkan 22 program bermula daripada asas kesihatan sehingga ke peringkat sarjana, termasuk pasca siswazah bagi melahirkan lebih ramai graduan untuk memasuki industri kesihatan negara. Tahun ini, KPJUC akan menawarkan program Ijazah baru yang masih menunggu kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi dan tiga program pakar iaitu Master in Radiology, Master in Paediatric dan Master in Orthopaedic. Dengan status kolej universiti membuatkan KPJUC ingin melahirkan lebih banyak program sesuai Status kolej universiti juga menjadikan KPJUC sentiasa menambah baik setiap kemudahan diperlukan kakitangan dan pelajar dengan mewujudkan persekitaran mesra pelajar dan boleh menikmati kehidupan kampus yang seronok. Selain itu, turut disediakan makmal sains, pusat sumber, auditorium, asrama, kafeteria. gimnasium, pengangkutan dan bermacam lagi bagi membolehkan pelajar belajar tanpa sebarang kekurangan dan gangguan. Untuk akademik pula, seramai 900 pakar perubatan menjadi tulang belakang untuk melahirkan bakal pekerja kesihatan terbaik. Malah lebih 9,000 profesional dan 23 hospital pakar KPJ turut bergabung bagi menjayakan misi ini. Sebagai perancangan masa depan, KPJUC akan meneruskan visi mendidik pelajar perubatan dan kesihatan yang berupaya diresap ke industri tanpa sebarang masalah. Justeru, KPJUC akan meningkatkan populasi pelajar daripada 2,000 sehingga 5,000 orang menjelang 2015 dan untuk menampung jumlah itu. Fasa kedua naik taraf itu, termasuk blok lapan bangunan akademik untuk menampung lebih 2,000 kakitangan dan pelajar di samping menambah baik bangunan yang menempatkan perubatan, kejururawatan, farmasi, fisioterapi dan Sementara itu, blok asrama sebelas tingkat dengan kapasiti 2,000 pelajar turut dibina dengan anggaran kos sebanyak RM50 juta, yang dijangka siap sebelum akhir tahun ini. Untuk fasa ketiga dan yang terakhir, dianggarkan RM70 juta kos diperlukan bagi pengubahsuaian dan penambahan asrama, blok akademik, dewan serba guna |