![]()
Kolej Universiti KPJ Healthcare (KPJUC) Nilai bukan saja menjadi pusat yang melahirkan graduan berkeyakinan dalam bidang kesihatan, malah memastikan penuntutnya sentiasa berkualiti serta bersedia menempuhi alam kerjaya.
Bermula dengan Diploma Kejururawatan ketika mula beroperasi pada 1991 kini KPJUC menawarkan enam program peringkat diploma dalam bidang kesihatan bagi memenuhi permitaan industri yang semakin berkembang pesat. Antara program berkenaan adalah Diploma Farmasi, Diploma Fisioterapi, Diploma Pengimejan Perubatan, Diploma Dewan Bedah dan Diploma Pengurusan Maklumat Kesihatan.
Penyediaan sukatan kurikulum bersesuaian keperluan industri berkairan scrta penekanan terhadap latihan praktikal secara menyeluruh disemua cawangan hospital KPJ, KPJUC menyadarkan harapan kepada lebih 150 tenaga pengajar bagi menyampaikan ilmu kepada semua penuntut.
Syarat kelavakan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang berminat me nyambung pengajian bagiprogram Diploma Kejururawatan, Farmasi, Fisioterapi, Pengimejan Perubatan danDiploma Dewan Bedah ialahmemperoleh lima kepujian dalam mata pelajaran BahasaMalaysia, Mafematik, Sains,Bahasa Inggeris dan subjek lain.
Manakala bagi Diploma Pengurusan Maklumat Kesihatan, bakal penuntut hanya perlu lulus Bahasa Inggeris selain mendapat kepujianjian bagi Bahasa Malaysia, Sains dan Maicmatik serta dua subjek lain.
Sebagai anak syarikat kepada KPJ Healthcare Berhad yang memiliki 24 hospital di seluruh negara, KPJUC sentiasa mcmastikan program ditawarkan mengikut keper luan industri dengan pengenalan pelbagai kursus baru dari peringkat diploma hing galah pascaijazah.
Satu kebanggaan buat KPJUC apabila menjadi institusi pengajian tinggi (IPT) swasta pertama yang menawarkan Sarjana Ororinolaringologi Pembedahan Kepala dan Leher pada 2012 disusuli dengan pelbagai lagi program pascaijazah dalam bidang farmasi, kejururawatan, pengimejan perubatan dan fisioterpi.
Pada pertengahan tahun ini, KPJUC menyasarkan program peringkat ijazah ke pada lepasan diploma kesihatan yang berminat menyambung pengajian ke pe ringkat lebih tinggi.
Bagi membolehkan pendidikan kesihatan diakses semua lapisan masya rakat, KPJUC juga mempunyai cawangan di Johor Bahru,Johor malah bakal membuka satu lagi cawangan di Pulau Pinang pada pertengahan tahun ini dan mereka berminat tidak perlu risau mengenai yuran pengajian kerana KPJUC membantu mendapatkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) Pengambilan penuntut kini dibuka dan untuk mengetahui lebih lanjut, sila layariwww.kpjuc.edu.my atau hubungi 1300883758. |